CHECK IT OUT!

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia yang malatopss!

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
 Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
 Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 31 December ini sebagai CUTI UMUM sempena kemenangan Malaysia menjulang trofi Piala suzuki AFF 2010.
Sorry ya....hero kita ni dah berpunya..

5 comments:

Jojoe said...

hehehe...ensem dan bergaya masa bermain... memang dah jadi popular budak neh..hehe

silver_gurl said...

syabas apex....:-)

Myfrin's story said...

Tahniah, Malaysia.....!

KELI OH KELI said...

Malaysia terbaikkkk!!!

azieazah said...

Apapun gelaran kepadanya dan pemain yang lain, mereka memang berhak menerima ucapan tahniah dan sorakan bangga dari kita rakyat Malaysia!

Related Posts with Thumbnails