CHECK IT OUT!

Wednesday, January 12, 2011

Astro ceria ku

Happy Belated tahun baru 2011..Syukur alhamdulillah saya masih dipanjangkan usia untuk terus mencoret sesuka hati di blog ini...nampaknya sudah 2 tahun lebih saya berkelana di arena maya ini...mula2 blogging  dulu sebab kepingin sangat nak tahu apa itu 'blog'. Lama2 dah jadi kebiasaan. Apatah lagi sejak daftar 'nuffnang' ada jugaklah masyuuuukk sikit2..tambahlah semangat.

Mahu cerita apa ya?..Oya..sekarang ni anak2 dah semangat tengok TV sebab Astro kami tidak  lagi mengalami gangguan teruk seperti tahun lalu..Last year memang tahun terhampeh bagi siaran Astro kami. Setiap jam 10.00 pagi hingga 5 petang, mesti siaran terganggu. Tambah bengang bila musim cuti sekolah. Sudahlah banyak siaran best2 ..Terpaksalah beli VCD atau dengar radio..most of the time, surf internetlah.... Terpaksalah bersaing dengan anak2. Selalunya diorang menang. Nasib2..

Hinggalah baru2 ni tetiba je Astro kami tak buat hal. clean and crystal clear..No more 'your service currently not available'. Eh?..kami tiada buat aduan pun. Ada orang yang baik hati tolong buatkan aduan ke? atau diorang ada mesin khas men'detect' gangguan? Tiba2 anak sulung saya si Ecad yang berusia 8 tahun menegur sesuatu yang dilihatnya di halaman kejiranan kami. "mama..tengok di luar tu..ada orang sudah potong pokok besar depan rumah. Mungkin pasal tu lah siaran Astro kita tidak kena block lagi" 

Saya melihat ke luar dan ternyata halaman depan sudah jadi terang benderang. Tidak ada lagi bayang2 pokok2 besar yang memayungi rumah. Entah suratan atau kebetulan, ternyata semenjak itu siaran TV di rumah kami tidak pernah lagi terganggu (kecuali ketika hujan lebat dan blackout).


3 comments:

Myfrin's story said...

Haha....mungkin betul cakap ecad tu. Pokok besar itu la yg mengganggu siaran Astro selama ini...agaknya la kan....:)

Mesti korang lega sekarang kan, hehehe..............

windi said...

lega gila2..nasib baik blm terlanjur marah2 astro by phone.

MWA Webmaster said...

Betul... pokok yang terlalu rumbun atau cucur atap rumah boleh mejadi ganguan kepada komunikasi antara dish dan satelit.

Rujuk sini

Related Posts with Thumbnails