CHECK IT OUT!

Friday, July 30, 2010

nasi lemak dulu dan sekarang


Awal pagi tadi tiba2 saya teringin nak makan nasi lemak. Setiap hujung bulan, selera makan saya memang menggebu2..pengaruh hormon kut. Bermacam2 bayangan hidangan yang meng'kecur'kan air liur. Hari ini Hidangan nasi lemak lah yang selalu melintas2 di depan mata..

Bagaikan ter'hipnotis', tiba2 saya berada di kantin sekolah. Eh, bila masa saya berjalan tadi ya..(menunjukkan how 'kemaruk' i am). Selepas buat scanning dan skimming ke atas para makanan maka saya pun mengambil dua bungkus nasi lemak dengan harga 50 sen sebungkus. Lepas tu saya beli sepaket kecil kacang goreng berharga 50 sen dan sebiji telur rebus berharga 70 sen. Maka saya pun berjalan keluar dari kantin, balik ke office, keluarkan piring, campurkan kesemua bahan2 tadi dan makan...aduhhhh...sedapppnya.. Makcik kantin sempat lagi bertanya, 'cikgu awal pagi beli kacang dan telur? ' dalam hati saya "korang tidak perasan ka, semua benda saya beli ni sepatutnya dalam satu pakej?"

Teringat zaman persekolahan saya 15 tahun yang lampau..Alangkah mewahnya sepaket nasi lemak 50 sen ketika itu. Bilis segar bertempek2 dalam tu. Pastu telur rebus gred A setengah kerat. Kacang pun berkoyan2. Nasinya pula memang di masak dengan santan kelapa. Timun juga bahan wajib. Itupun ada hati lagi minta subsidi sirap oren? Sekarang ni, jangan harap nasi lemak dijual dengan pakej lengkap. Bilis pun adalah 3 ekor sepaket. Sambal nasi lemak pula cili semata2. Jangan haraplah ada bawang besar di blender atau dihiris2. Kalau adapun yang dijual dengan pakej lengkap, harganya melambung2..tak larat budak2 dari keluarga susah nak membelinya.

Moral of the story, Masaklah nasi lemak sendiri...rajin ke?

9 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

tawxpe...kdg2 beli nasi lemak tu,xde bilis pon..sekarang org mls ke nk rebus telur?supposely kna mkn ngn telur rebus.tp ganti ngn telur mata

anisyazila said...

nak kaw2 nyer nasi lemak sekarang kena masak sendiri..kalo beli asik kira ekor ikan bilis jer..huhuh...

kunakpress.blogspot said...

nasi lemak Kunak lagi sedap... tak caya, kunjung la ke Kunak di restoran yg menyediakan menu itu
YUMMY...

hanyzan30 said...

Bismillah,
Ya Allah rahmati dan berkati tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan juga akhirat...

tehr said...

nasi lemak sekarang tinggal nama je...

masa makan kena pejamkan mata dan bayangkan nasi lemak dulu2...

hahaha

windi said...

sugar kapas.
betul tu..penah i tanya mana pegi suma bilis. peniaga tu cakap kena blender ngan cili. tapi ada makcik tu bagitau, bukannya badan bilis yg di blender. tapi kepala bilis.

windi said...

jojoe..betul tu.

windi said...

kunak press..harap2 dapat lawak kunak lepas ni.

windi said...

hanyzan ; aku terharu..

tehr: tepaksa guna kuasa psikik. hehe..

Related Posts with Thumbnails