CHECK IT OUT!

Thursday, July 8, 2010

cikgu tak sesuwei kawen artis

Ajaran sesat sungguh ejaan 'sesuwei' tu lah. Suka ati je taip camtu. Anyway, terbaca tentang maya dan Ali yang tengah hot turun naik mahkamah. Hei hei..bukan Luna Maya tau. Maya Karin, pontianak tercantik  dan tertebal bedak di nusantara @ pontianak rebonding. Mula2 kawen, mereka  kelihatan sangat bahagia dan sepadan. Namun akhirnya badai melanda...

Mula2 tau si Ali ni seorang cikgu Math, I've got the feelings that they will not gonna make it. Bukan niat saya mengharap mereka berpisah namun sesungguhnya artis glamer tak sesuai  kawen dengan cikgu walau seBrad pitt manapun cikgu itu dan walaupun dia ada iras2 Tom Kurus. 
Mereka datang dari dua dunia berbeza dan perjalanan hidup yang berbeza. Hidup artis sangat over expose tambahan pula Maya Karin ini sangat cantik, buruan VIP dan sangat fofular gitu. Lainlah kalau Maya sekadar artis mak pacak atau suam2 kuku. Sebagai primadona, hidupnya tentulah sangat sibuk (selagi masih laku dan larat), terdedah pada godaan Datuk2 kaya raya dan perlukan wang yang banyak untuk kehidupan sehari2 (keta mewah, penjagaan kecantikan, fashion dll).

Manakala hidup seorang cikgu sangatlah low profile. Hari2 bergelut dengan murid2, kertas, komputer, rekod ujian, ceramah, masalah disiplin, mesyuarat dan macam2 lagi. Gaji diterima adalah tetap setiap bulan. Paling banyak pun RM 4 ribu bagi guru biasa yang masih muda seperti Ali. Tak taulah pulak kalau guru di sekolah antarabangsa ini menerima RM 10K sebulan. Back to Ali, dia pulang rumah Maya tak ada, masih kerja. Maya pulang rumah, Ali pula di sekolah, mengajar. Hari demi hari, tahun demi tahun macam ni...So, korang imaginelah...
Kesimpulannya, cikgu dan artis fofular memang tak sepadan. Korang setuju tak? Tapi kalau cikgunya perempuan dan Sang suami yang artis fofular agaknya boleh go on lagi. Apalah aku merapu ni...


6 comments:

Unknown said...

Kalau dah jodoh..takkan ke mana.. tak gitu kak windi?
but yah.. memang tak sesuai kot dalam kes nie.. huhu..

what to do, dah jadi trend zaman sekarang artis2 or celebrity high profile kawin cerai, kawin cerai..
*sigh*..

honestly akak, do you like people doing that? macam tak hargai cinta and perkahwinan.. cam diorang tak paham konsep kedua-dua tu.. hurhmm..

P/S : ajaran sesat sesangat sesuwei itew.. hahaha. :) . lawak okayy.. ngee~

P/S/S : Ariel and Maya Peterporn? opsss~ *lari.

anisyazila said...

semuanya soal jodoh..tapi pelik la..isteri dah cantik..suami dah kacak.. apa lagi.?? napa nak bercerai berai??... wajah tak menjanjikan kekayaan...mcm tu gak ngan wang ringgit..yang penting hati..sentiasa memahami dan menyanyangi..

~cWa~ said...

Dua dunia berbeza still leh go on lagi...dengan syarat iman dan kesabaran yang tinggi ada dlm setiap pasangan...
yg penting kena sentiasa ingat pada Allah sebab hanya DIA yg memberi segala-galanya....

dayangredzuan said...

kesiannye nasib mereka...kenapa perkahwinan artis mesti ade penceraian walaupun xsemua..

sugar2 kapas strawberry said...

hmm.tiada sefahaman.

windi said...

Terry - banyak godaan membuatkan hati mereka berbelah bagi.

jojoe - tepat sekali!

cwa - tak cukup iman kut.

dayang - world apart

gula kapas - betul tu.

Related Posts with Thumbnails