Dah lebih seminggu saya menyepi..rindu rasanya nak berblogwalking dan menaip entry baru namun apakan daya kesihatan tak mengizinkan. Sudah lebih seminggu saya berada dalam keuzuran dan alhamdulillah sekarang sudah 99% pulih...Sekarang ini dalam proses meng'clear' semua tugas2 tertangguh yang bertimbun2. Apatah lagi UPSR sudah hampir maka banyaklah latihan2 dan ujian2 yang perlu dibereskan beserta analisis serta laporannya sekali.
Isu hangat sekarang ini ialah samada UPSR harus di mansuh kan atau tidak? Kalau fikir sekali, memang seronok sangat jika dihapuskan. Maka pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pun tidaklah terlalu berorientasikan peperiksaan. Guru2 tahun 6 pun tidaklah separuh mati buat kelas tambahan dan berhabis wang ringgit demi meningkatkan prestasi pelajar sekaligus menampilkan imej yang lebih baik terhadap diri sendiri.
Fikir kali kedua, macam ada yang tak kena jika UPSR di mansuhkan. Timbul persoalan, apakah penilaian yang sewajarnya untuk mengetahui keberkesanan 6 tahun pembelajaran mereka di sekolah? Oleh itu, walaupun UPSR di hapuskan, penilaian mesti ada. Mungkin penilaian yang berasaskan sekolah? Kalau macam itu, bersedialah wahai guru2..Jangan gembira sangat jika UPSR dimansuhkan. Malahan tugas akan lebih banyak berdozen2 kerana semua tugas yang dipikul oleh LPM akan dipikul oleh guru jua...
Perkara yang saya saya kurang senang dengan UPSR adalah ianya mengabaikan subjek lain yang tidak kurang pentingnya seperti Sivik, Kemahiran Hidup, pendidikan Islam dan banyak lagi sedangkan semua ini sangat penting untuk survival pelajar di masa depan selaku 'modal insan' yang bakal menggantikan kita 10 tahun akan datang.
Bagi pendapat saya, UPSR harus diteruskan dengan penambahbaikan dari segi perlaksanaan contohnya penilaian 30% exam dan 70% Folio. Siapa ada masa, bolehlah menyelak buku2 teks sekolah rendah (selain maths, sains dan bm) dan anda akan dapati isi pelajaran subjek yang tidak termasuk dalam UPSR ini terlalu berguna untuk diabaikan.
2 comments:
salam windi..cepat2la sembuh 100% ya.. apapun, pasal pemansuhan tu, i agreed with u...!!;-)
thanks jojoe...
Post a Comment