CHECK IT OUT!

Monday, July 19, 2010

Review 'INCEPTION'


Sabtu yang lalu saya menonton filem 'Inception' lakonan Leonardo De Caprio. Sengaja saya memilih filem ini kerana Leo memang aktor kegemaran saya. Tapi risau juga sebab filem2 lakonannya selalu pelik2 dan seolah tidak berpenamat. Selepas habis menonton inilah review ringkas saya:

a) Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki (Leo) yang mampu memasuki minda separuh sedar orang@mimpi dengan tujuan mencuri data, mengorek rahsia dan mempengaruhi mereka untuk mengubah pendirian.

b) Umpama mimpi dalam mimpi. Itulah yang terjadi dalam filem ini. Leo dan pasukannya mampu memasuki mimpi seseorang dan kemudian memasuki 1 layer lagi mimpi dan sampailah tiga layer mimpi. Karut sungguh tapi terpaksa tengok sebab dah alang2 beli tiket.

c) Lakonan mereka memang hebat tapi cerita yang terlalu komplikated tu yang buat penonton bengang seketika. Terlalu cepat pulak tu. Kalau penonton tak bagi 100% perhatian memang terlepas keretapi..

d) Ada skrip antara seorang Jepun dan Leo. Lelaki Jepun tu minta Leo memasuki minda seorang pewaris harta dan mempengaruhinya agar tidak menggabungkan semua syarikatnya agar syarikat si Lelaki Jepun ini mampu survive. 

e) Skrip lebih kurang macam ni "Untuk mencapai matlamat, kita harus mengubah minda dan persepsi seseorang agar keputusannya selepas ini menyebelahi kita" Tiba2 saya teringat kaedah yang Israel gunakan  untuk  menguasai dunia iaitu melalaikan manusia dengan hiburan dan mengeksploitasi NGO untuk mengubah persepsi manusia.

f) Keseluruhannya, saya beri 2.5 bintang out of 5. Aksi2 yang dipaparkan agak best dan gempak tapi kerisauan saya akhirnya menjadi kenyataan, ending cerita ini tergantung dan terpaksalah kita figure out sendiri..

4 comments:

Yatre Hayati said...

oh inception ni macam menarik minat tapi tak minat leonardo cap periuk ni...heee!

Jojoe said...

xsuka citer2 berat dan complicated camgini..pening kepala..hehehe

windi said...

ya..very komplikated. klu rasa nak release tensen bagus tengok cite lain.

fndrocka said...

kena fokus time tgk..kalau terlepas scenes..memg susah nak catch-up..kan kan kan..

Related Posts with Thumbnails