CHECK IT OUT!

Saturday, November 27, 2010

Terbalik 180 darjah

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Melihat kepada tarikh entry terakhir saya, rupanya sudah hampir sebulan saya tidak mengupdate blog ini..sebelum ini mengupdate blog setiap hari merupakan satu kemestian. 

Sekarang ini, jangankan nak update blog, nak baca blog pun tak lalu..Bukan saja baca blog, masak nasi, kemas rumah, berjalan2, menaip PUN saya malassss....Nasiblah suami sporting. Kadang2   mengomel juga dia bila stok air masak selalu kering..Tapi last2 dia beli sekotak mineral water yang bolehlah tahan seminggu untuk kami sekeluarga. Problem Solved!

Walaubagaimana pun, saya cuba lawan juga perasaan MALAS ini..Setiap kerja saya mulakan dengan laungan 'Allahuakhbar'. Tak kiralah masak nasi ke, cuci piring ke, basuh kain atau pun melayan karenah anak2. Selagi badan masih larat..tapi kalau sudah sampai termuntah2 kuning tu memang tak boleh buat apa2 lagi..Landing time lah jawabnya..

Satu hal lagi, bila suami pulang dari tempat kerja atau dari mana2 saja, cepat2 dia mandi sebab bau peluhnya saja cukup buat saya pening dan adakalanya termuntah tanpa was2.. Hidung saya sangat sensitif dan anak lelaki sulung saya (7 tahun) juga selalu jadi mangsa...Balik2 disuruh berus gigi, mandi dan syampu rambut..Kesian diorang kan..

Tapi syukurlah keadaan sudah bertambah baik..hari demi hari..Badan ini sudah hampir mesra dengan hormon baru yang mula merembes 4 bulan yang lalu..Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Anak2 saya pun sudah tidak sabar menanti ahli keluarga yang baru..hehehe.

5 comments:

Myfrin's story said...

Hola, windi. Sy dulu pun mau tunggu bulan ke 4 baru perlahan2 stabil. Klu mula2, bau bawang kena goreng dan wap nasi pun sy tidak tahan dan nak nangis....
Apa pun, all the best for u and family. Sy pun tidak sabar tunggu dan lihat 'orang baru', hehe.......

windi said...

itulah..dulu ecad 4 minggu jak saya pening. yasmin 2 minggu. yang ni mo 3 bulan bah baru orait sikit.

azieazah said...

Salam WINDI:
Baca perenggan pertama, dah agak dah symptom apa yang menyerang.

Tahniah, semoga segalanya sihat dan lancar. Banyakkan bersabar dan kawal emosi...
Tak ada apa-apa tu, biasa saja.

azieazah said...

Berkongsi pengalaman:
Kak Azie tak boleh bau sebarang sabun dan syampoo. Hanya tahan dgn ubat gigi saja. Parah kan?

Macam-macam peel bila morning sickness ni.

Tips ngelak mabuk dan muntah:
Selalu kunyah biskut lemak/jagung sekeping dua. InsyaAllah ilang loya.

windi said...

kak azie, sememangnya hanya jauhari yang mengenal manikam. thanks a lot dengan info itu ya..

Related Posts with Thumbnails