Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita penangkapan pelawak terkenal bersama 5 orang rakannya (Dalam keadaan khayal dadah). Bila terbaca saja perkataa 'Pelawak terkenal' saya mengagak orangnya ialah Saiful Apek yang saya minati kerana dia mempunyai susuk tubuh yang mencurigakan (Kurus kering). Lagipun pernah tersebar berita angin bahawa beliau seorang penagih dadah. Bak kata Zubir, '90% dari gosip adalah benar'.
Kaciwa jugak rasanya sebab Saiful Apek ialah pelawak yang saya minati. Walaupun lakonannya dikatakan 'slapstik' tapi itulah sumber ke'lawak'annya. Semenjak dua menjak ini ramai artis yang ditahan kerana dadah. Mungkin itulah yang mendorong Wardina Saffiyah mengeluarkan kenyataan bahawa 'artis tidak sesuai dijadikan idola' yang menyebabkan orang-orang dalam industri ini melenting dan panas hati.
Harap2 pembabitannya dalam hal ini adalah yang terakhir . Semoga dia menginsafi perbuatannya demi anak, isteri, keluarga, karier, diri sendiri dan para peminatnya.
9 comments:
hmmm macam2 artis kan
la,dulu pernah kena skali skunk buat lagi,hisup dh senang tu tak bersyukur.......ish3
=( artis malaysia.. oh artis malaysia......
sekali hisap dadah nih memang susah nak tinggal
Asalamu'alaikum ya winddi.
Hebat jg putri seorang ni dpt macam2 info. Kadangkala byk kejutan..dari x tahu menjadi tahu. Saipul apek..dia juga manusia biasa..x sempurna. Kita doakan ja moga cepat kembali ke pgkal jalan.
taw xper...artis mmg tak layak digelar idola.....lagi2 ader artis perangai cm2...huhu
sayang seribu kali sayang..dah kaya dah dia ni..nak apa lagi???
manusia tak pernah puas dengan apa yg ada... huhuhuh..
ish2..mcalarkn imej dan malukn family..
Post a Comment