CHECK IT OUT!

Tuesday, June 22, 2010

Mengapa sperma bergerak secara rawak?


Suami saya tersenyum2 semasa memeriksa kertas soalan Sains Tingkatan 3. Tidak mahu ketinggalan, saya mengambil kertas soalan di tangannya. Soalan di kertas berbunyi: Apakah bahan merbahaya di dalam asap rokok? Jawapan pelajar: Asap hitam, asap putih, campuran asap hitam dan asap putih. Suami memberikan satu lagi skrip jawapan pelajar ; bahan merbahaya pada asap rokok ialah sperma dan ovum. Ish ish ish..nampak sangat kurang ulangkaji budak2 ni.

Teringat pula kisah lampau saya (retro lagi..). Semasa di tingkatan tiga, saya sangat meminati subjek sains.  Isi pelajaran yang menarik di tambah pula dengan cikgunya yang rajin memberi latihan membuatkan saya selalu dapat markah yang baik. Ditakdirkan pada suatu hari cikgu memberi ujian secara mengejut (Topik pembiakan) Terpaksalah menjawab ikut kefahaman. Tapi ayat yang digunakan memang kurang standard. 

Ada satu soalan yang menjadi kemusykilan saya untuk menjawabnya dengan ayat yang tepat. Soalan berbunyi ; Mengapakah sperma bergerak secara rawak? Memandangkan masa sudah tamat terpaksalah saya menulis apa yang terlintas difikiran. Jawapan saya berbunyi: Tak payah bersesak-sesak dengan sperma yang lain. 

Saya tahu jawapan itu tidak tepat tapi itu saja penjelasan yang terlintas difikiran saya. Keesokannya, Cikgu Kosim menyerahkan kertas yang sudah diperiksa kepada kami. Semasa giliran saya, dia memandang saya sambil tersengih2. Saya agak, ini mesti pasal jawapan itu. Saya termalu-malu kucing dan kembali ke tempat duduk. Semua jawapan saya betul kecuali soalan tadi yang di tuliskan pembetulan oleh cikgu  "bergerak cepat untuk sampai ke Ovum".

9 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

jwpn anda buat sy senyum..xnk sperma bersesak2 ngn sperma lain..

hahahahha..sory.tergelak -DD

windi said...

takpa..aku pun tergelak juga..

akubukanpuitis said...

hahaha...adoi2... *tergelak jugak*

bagus2..gune jalan alternatif ye.. sape yg pandai, die la juara kan..hik2.. =D

*gelak lagi* hihihi~

singgah sini =)

anisyazila said...

hehehe..sayapun tersenyum gak neh... ;-)

oya said...

hahaha..
sains topik ni..wakakaka

Nas said...

ehehehe...apepon sayelah juara antara jutaan sperm...eheehhehe...blue ker?? xkan? biology...huhu

windi said...

hehe..kita lah juara di antara juara..

~cWa~ said...

hmmm...sebab xder highway kot...haha...(just kidding)

Admin said...

Erm... sy pun pernah baca kertas soalan dan jawapan sains sekolah menengah yang diperiksa oleh isteri abg sepupu sy... samalah kesnya dgn cerita ni...

Walaupun jawapan yg diberikan pelajar tu menunjukkan mereka tidak membuat persediaan utk peperiksaan, tapi ia blh menjadi sejenis terapi minda kerana jawapan yg ditulis itu kelakar dan blh buat sesiapa yg membacanya tersenyum atau tergelak..

Dari sudut lain, ia memalukan bangsa sendiri...

Related Posts with Thumbnails