Esok sekolah2 akan kembali meriah dengan pelajar dan warga kerja sekolah. Traffic akan kembali sesak di kawasan sekolah. Ibu bapa akan mula memikirkan belanja anak, alat tulis, kenderaan dan macam2 lagi. Jadual akan berubah 180 darjah. Musim kahwin pun akan reda dan akan kembali meriah di hujung tahun.
Kami sekeluarga juga tidak terkecuali. Baju kerja dikeluarkan semula, begitu juga baju anak, digosok licin2, buku2 di susun dalam beg dan bagi cikgu2, ada yang masih bertungkus lumus memeriksa kertas soalan. Maklumlah, berehat sampai terlupa 3 kotak kertas soalan masih terperap di bonet kereta..hehe..ada yang terkena ke?
Semalam, saya sekeluarga bersantai2 di bandaraya Kota kinabalu. Mengambil keputusan 'memanjakan' diri, saya dan suami memasuki sebuah pusat rawatan badan di pusat membeli belah. Suami mengambil rawatan facial (atas galakan saya) manakala saya pula mengambil kesempatan mendapatkan rawatan foot scrub dan pedicure.
Melihat pekerja rawatan foot scrub, saya rasa kasihan kerana orangnya sudah agak berusia (perempuan). Agaknya lebih kurang 40 tahun ke atas. Tidak sampai hati melihat seorang wanita yang sebaya dengan kakak saya mengikis kulit mati di tumit ku ini. Orang Sabah cakap 'bikin tulah'. Tapi nak buat macamana, itulah periuk nasinya.
1 jam 30 minit dalam pusat rawatan macam2 topik yang mereka perbualkan sesama mereka. Biasanya pekerja pusat rawatan tidak banyak cakap tapi salon yang kami singgah semalam sangat berbeza. Mereka tidak menapis topik dan laras bahasa yang digunakan. Bermula dengan boss kedai melenting "mana sudah di Ajah? Sudah matikah!" dengan pekerjanya yang menggelar bossnya 'mama anjing'. Belum lagi pekerja yang sedang mem'facial' suami saya menjerit ditelefon "saya kerjalah, bodoh!" dan diakhiri dengan seungkap kata "saya malaslah buat kening. Komisen Rm3 saja!". Berlegar juga gosip penyingkiran pekerja yang tidak disukai. Belum lagi mereka mengmpat seorang pelanggan yang selalu datang kat situ. Gatal konon.
4 comments:
ohhh..bahsa mmg xtapis.kita yg customer plk x selesa kot
wah mesti tak syok kan nak buat facial. hahaha
bikin mati mood kan??mau berniaga ka tidak tu??? huhuhu
sangat tidak selesa...tak termanja rasanya diri ini..hehe
Post a Comment