Habis kerja jam 12.40 am. Susun itu ini, jam 1.00pm bertolak dari sekolah. Sampai rumah jam 1.30pm. Rehat..zzzzz...(walaupun sebenarnya tak dapat rehat sangat sebab anak2 request macam2. Nak makan nasi lah, nak lauk ayamlah, yang seorang tu pulak tiba2 nak makan burger. Alih2 dua2 makan nasi dengan telur goreng je).
Kat atas tu intro je. Basic of the story is...semenjak bulan puasa ni tiba2 menu diorang ni berubah. Nak puding, Ok! Nak ayam goreng, Ok! Nak Burger, Ok! Nak pizza, mama tak laratlah..hehe. Almaklumlah, pulang dari kerja saja, lepak2 setengah jam lepas tu terus masuk dapur. Kreng kring krung krong..Kabommm!! Tiba2 semuanya tersedia di meja. Laksana di bantu 'jin lampu ajaib' segalanya beres dan hanya tunggu di kunyah masa 'sungkai' nanti. *Sungkai=buka puasa bagi istilah orang Sabah.
Entah dari mana datangnya kekuatan itu. Setiap kali bulan puasa, kuat betul semangat ini untuk memasak dan mencuba pelbagai resepi. Walhal di hari2 biasa..ala kadar je. Mungkin kuasa 'lapar' kut. Sudahla rajin, masakan pun kaw2 semacam je...Lagipun setan2 di rantai jadi takda lah yang menghasut orang jadi pemalas.
Sekarang ni jam menunjukkan 5.45 pm. Bagi negeri Sabah zone Kota Belud, masa berbuka ialah 6.24pm. Kuah Dhal saya masih atas api. Puding dalam peti sejuk. Mee goreng sudah dihidang. Burger sudah lepa mayonaise dan sos. Apalagi ya..Oya..air sirap lagi belum bancuh. Saya berundur diri dulu. Nak siapkan apa yang patut. SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA BLOGGER BERAGAMA ISLAM.
No comments:
Post a Comment