Bayangkan bayi secomel ini dibuang bak sampah? |
Semenjak dua menjak ni banyak sangat isu2 hangat yang dipaparkan media. Kisah buang bayi antara yang paling femes. Sana sini orang buang bayi..mengalahkan binatang. Siapalah agaknya manusia berjiwa setan itu? Yang pasti, mustahil ianya dilakukan pasangan yang telah berkahwin secara sah. Walau sepapa kedana manapun mereka. Cara terakhir ialah menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat atau ke rumah anak yatim. Secara logik, bayi2 yang dibuang ini mungkin dihasilkan oleh ibubapa yang tidak mempunyai hubungan yang sah dan mereka bertindak kejam dengan tujuan menutup MALU.
Sedihnya ramai yang terlepas dari hukuman. Dalam erti kata lain 'tidak kedapatan'. Sudah lama saya terfikir, seandainya setiap rakyat Malaysia boleh di ambil cap jari masing2, apa kata sampel DNA juga direkod untuk setiap warga. Sekiranya penjenayah boleh menghilangkan jejak dengan memakai sarung tangan atau mengelap semula kesan cap jari bagaimana mereka ingin menghapuskan kesan DNA?
Teringat kes Nurin Jazlin, terdapat DNA yang tidak dikenali pada tubuhnya. Sekiranya kutipan sampel DNA kita sama seperti rekod cap jari, saya yakin sudah lama riwayat pembunuh itu berakhir di tali gantung. Berbalik kepada kes pembuangan bayi, sudah tentu ibubapa bayi itu boleh dikesan dengan mudah kerana bayi itu adalah produk mereka. Membuang bayi bererti melangkah masuk ke alam penjara.
Tapi saya pernah terbaca bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan BANK DNA kerana ditakuti akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu dikatakan 'privacy' manusia akan tergugat. Sejauh mana kebenarannya saya belum fikirkan dengan lebih mendalam. Sekali dengar macam ada kebenarannya.
Kalau itulah alasannya, banyak juga perkara lain yang harus kita fikirkan semula. Misalnya penggunaan pisau dapur harus diharamkan kerana ia selalu digunakan sebagai senjata pembunuhan. Penggunaan handphone juga harus dihentikan kerana banyak pengguna yang 'bluetooth' aksi luncai. Akhir sekali, penggunaan wang harus di haramkan dan hentikan serta merta kerana wang menyebabkan manusia sanggup merompak, membunuh, merasuah, menghasut, memfitnah dan banyak lagi. So, what say you?
3 comments:
Salam windy,
Seram tul..targis, kasihan. nasib la tu baby
Semoga wanita ni cepat2 sedar..kembali ke pangkal jalan.
Owhh..! Ngerinya tengok foto pertama tu, saya setuju ada bank DNA dengan syarat WHO, PBB, PDRM dan Mahkamah Agung mesti terlibat sama. Semua badan kerajaan yg terlibat mesti memelihara bank DNA ini, barulah kita rasa 'secure' di tanah air sendiri....
etuza : ya..wanita itu dan teman lelakinya mesti bertaubat.
kakak: ya..tiada siapa2 bole suka2 buka tu bank dna walaupun perdana menteri.
Post a Comment