CHECK IT OUT!

Tuesday, August 17, 2010

Kenangan bersahur di zaman Edo

Hari pertama bersahur di bulan ramadhan, telefon saya berdering. Tapi saya tidak perasan pun sebab sibuk dengan persiapan bersahur. Sampai ke sekolah baru saya perasan adanya miss call. Rupanya dari bapa saya. Cepat2 saya menelefonnya semula. Risau juga jika ada sesuatu yang tidak baik terjadi. Manalah tau kan..

Selepas menelefon lega hati saya. Rupanya bapa saya menghubungi semua anak2nya secara bergilir. Saja je bertanya apa menu kami bersahur. Kesian bapa..mesti dia teringat zaman kami kecil2 dahulu..Ketika kami semua masih tinggal serumah dan mengharapkan bapa untuk mengejutkan kami . Saya yakin kesemua  adik beradik masih mengingati detik2 itu kerana ianya sangat unik dan sukar dilupakan.

Sempena bulan ramadhan ini saya kepingin berkongsi kisah kami sekeluarga bersahur. Ketika itu kami masih di alam persekolahan. Bekalan elektrik belum sampai ke kampung kami jauh sekali bekalan air paip. Oleh itu bapa menggunakan kudrat dan inovasinya untuk membina paip graviti kami sendiri. Malangnya paip getah itu tidak cukup panjang untuk sampai ke depan rumah. Maka setiap jam 3 pagi kami akan turun ke bawah bukit (rumah kami atas bukit) untuk mengambil air dan mencuci muka. Sudahlah mengantuk, terpaksa pulak mengangkat gelen air. Ada yang terpisat2, ada yang masih tertutup mata tidak kurang juga yang merengek. Bapa pula setia menjinjit lampu pam yang terang benderang tapi panas dan berat itu. Dek terlalu kerap mengangkat gelen, kesemua kami memiliki jari jemari yang agak panjang (ada kena mengena ke?).

Hidangan bersahur biasanya disediakan oleh bapa. Kenapa bukan emak? Entahlah tapi dah kebiasaan macam itu. Mungkin bapa kasihan dengan emak yang letih  dek seharian menguruskan kami dan adik2 yang masih kecil. Kami tak pernah bertanya. Hidangan yang biasa bapa buat ialah sup telur, sayur kobis dan telur masin. Kalau tiba2 bapa ada mood, merasalah kami hidangan bersahur dengan resepi ayam masak ala2 cinanya itu. 

Sehinggalah saya ditingkatan 4, barulah saya membantu bapa di dapur (semasa sahur). Itupun dia tidak pernah memaksa melainkan berkata 'kasi rasa dulu saya macamana kalau kamu yang masak2'. Semasa bersahur kami akan bercerita macam2 kisah. Selepas bersahur pun masih bersembang dan bila ayam berkokok barulah kami tidur dan bangun keesokannya dengan kepala yang fenin2 lalat. 

Kadang2 kerinduan pada kenangan itu menyapa dijiwa..aisehmen...Tapi sekarang zaman sudah berubah, status diri sudah berubah dan saya bersyukur dengan segala pengalaman itu. Jika ada kesempatan saya akan menjenguk ibubapa dan berbuka puasa bersama2. Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa.

P.s - zaman edo tu apa benda ya? menurut anak lelaki saya yang sangat meminati kartun Ninja rantaro shinbe..Zaman Edo tu zaman dahulu kala..betul ke?

4 comments:

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Erm... kartun Ninja Boy,kisah 3 orang sahabat yang masuk sekolah ninja tu memang menghiburkan..

Zaman Edo tu salah satu zaman pemerintahan beraja di negara Jepun. Macam "dinasti" di negara China dan "Zaman kesultanan" di negeri-negeri Tanah Melayu. (kalau salah jangan tolong jolokkan, tolong betulkan aje...)

Myfrin's story said...

Salam, windi. Budak2 i pun minat dengan Ninja Boy. Memang menghiburkan, hehe..kenangan bersahur itu memang sentiasa tersemat di jiwa dan ingatan kita...

ashrafi said...

Salam..

nostalgia betul.. :)

Anonymous said...

Terharu baca ni... teringat kisah bersahur time keck2 dulu juga kot... Tq... nice one...

Related Posts with Thumbnails