CHECK IT OUT!

Sunday, March 28, 2010

Polis cari pelakon hilangkan diri selepas pukul isteri

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjejaki seorang pelakon filem dan drama popular sekitar awal 90-an berhubung kes memukul isterinya hingga mengakibatkan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan dan muka.

Insiden itu berlaku kerana ada perselisihan faham dan isteri pelakon itu juga mendakwa bahawa beliau sering dipukul suaminya. Isteri pelakon itu juga mengesyaki suaminya turut terbabit dalam penagihan dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Tidak tahan dengan perbuatan suaminya, isteri pelakon itu yang berusia 28 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

Beliau berkata, sejak kejadian itu juga pelakon itu telah menghilangkan diri dan pihak polis sedang mengesannya untuk disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Antara filem terbitan tahun 90-an yang pernah dilakonkan beliau termasuk Harry Boy, Azizah - The Legend dan Riang Tirana.

Windi's Note: 
Siapa agaknya ya?  Badrul Muyahat kut?

4 comments:

Anonymous said...

Windi, biarlah pembaca teka sendiri. Nanti ko silap lagi agak siapa..macam kes Benjy hari tu.

windi said...

berani gagal.

zie said...

memang sah Badrul Muhayat..sudah kuar paper kan

windi said...

ya bah. dia penah pukul bini 1st. ada rekod.

Related Posts with Thumbnails