CHECK IT OUT!

Saturday, March 13, 2010

Pelakon lelaki popular ditahan proses dadah

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang pelakon lelaki popular ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong, awal pagi ini. Turut ditahan bersamanya seorang wanita berusia 24 tahun bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dadah jenis syabu dan kokain itu.

Pelakon tersebut yang juga merupakan anak kepada seorang artis wanita veteran ditahan di sebuah kondominium mewah, Jalan Segambut, Jinjang di sini.

Pelakon drama bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik.

windi's note: 
Saya menebak pelakon itu ialah Rusdi Ramli. Saya harap saya salah! Saya minat  dengan lakonan dia ni...sejak menonton lakonannya dalam drama HATI WAJA  pada tahun 1992 lagi..Atau..anak Uji Rashid kut..tapi dia pernah dapat anugerah best actor ke?

2 comments:

Anonymous said...

benjy kot.anak azean irdawaty..rusdi ramli da dkt 40 or lebih tp artis ni lewat 20-an..~~

windi said...

benjy? make sense gak lah..

Related Posts with Thumbnails