CHECK IT OUT!

Wednesday, March 3, 2010

Oh.. angkara kuman ya...


Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat 

@ Babag (istilah Dusun)




1) ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan Human papillomavirus (HPV).

2) Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di bahagian yang terguris atau luka seperti di kaki, tangan dan jari jemari.

3) Menyentuh barangan yang telah digunakan oleh orang yang mempunyai kuman HPV, sebagai contoh perkongsian penggunaan tuala atau apa saja adalah punca jangkitan.

Mengelakkan ketuat
Amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka tersebut. 

Menguruskan ketuat
Para doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit. Cara untuk membuangkan ada pelbagai termasuk; penggunaan krim khas, cyrosurgeri, rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia akan tumbuh kembali.

Windi's Note: 
Rupanya kerana kuman yea....kecik2 dulu selalu kena. Kat kaki, tangan, siku, jari..patutlah sepupu kat kampung ramai kena sebab perkongsian memang satu amalan. Ada orang cakap kena nasi keraslah, darah ayamlah...memang tak logik. 

Cara mengubat pula guna cecair hitam mendidih di hujung kayu api (jika menggunakan dapur kayu..long time ago lah..) 

Tak sembuh2, saya fed up dan try kaedah pembedahan kendiri. Apalagi, ambil pisau cukur bapa, hiris2 ketuat sampai pendek. Tak sakit sebab takda saraf. Tapi bila dah pendek memang siksa sebab dah sampai saraf. I pernah nekad potong dengan kulit sekali. Geram sangat sebab ketuat ni hodoh sangat dan selalu berdarah kalau tergesel benda keras.

Yang buat saya nak mengamuk, lepas pembedahan yang ngeri tu...2-3 bulan tumbuh balik. Besar pulak tuh! Uhuk2...Fobia2x...


1 comment:

anisyazila said...

betol3..dulu cukup takot kena darah ayam..hehehe... takot naik ketuat.. joe pun buat surgery sendirik.. tapi mujur berkesan..buang abis pastu tak naik lagi..hehehe.. alhamdulillah...

Related Posts with Thumbnails