CHECK IT OUT!

Thursday, March 4, 2010

Budak pemburu Pelanduk - siri 1

 
Mak aih! Apa ke hal tajuk kat atas tu? saja buat gempak ke? Nak femes2kan blog? Selagi Halimah jongang dan Fatimah Juling masih ON AIR jangan ko haraplah nak femes Windi's Diary...Pelik betul tajuk2 drama sekarang ni kan? Ntah2 lepas ni ada pulak drama Bedah Jeragat ke, Jenab Fobia ke atau Pak Kordi Hensem. Ada2 jak..

Oklah, saya bukan nak cerita tentang tajuk drama..Ini tentang kisah benar seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang di bawa memburu Pelanduk oleh bapanya yang agak kacak (Saja2 tulis...hehe) . Memburu di mana? Of course lah dalam hutan..Nak dijadikan cerita, bapa budak perempuan ni kepingin ada anak lelaki tapi ditakdirkan tuhan anak perempuan juga yang lahir saban tahun. Si Bapa menerima seadanya namun dek kerana teringin ada anak lelaki, kadang-kadang dilayan juga anak perempuan tu seperti anak lelaki. Antara bukti2nya, si bapa membawa anak perempuannya pergi memburu Pelanduk di hutan. 

Korang agak apa perasaan anak perempuannya? Takut, sedih dan pilu? Oh tidak..Si kecil tadi merasa sangat teruja dan tidak sabar menanti detik itu. Si ibu pula sporting habis. Kalau mak orang lain mungkin akan berkata "Abang ni dah gila ke nak bawa anak pompuan kita yang comeii ni masuk hutan?" Namun si ibu rilek saja. Sporting kan...

Ketika tiba saatnya, maka si bapa pun bersiap2 membersihkan senapang patah dan mengasah parang. Bateri lampu suluh diganti baru. Bila gadis sunti itu terlihat ayahnya membawa lampu suluh baru baru, dia pun kepingin juga. Cari punya cari, akhirnya terjumpa lampu suluh lama yang kecil. Si gadis kecil sangat gembira dan memegangnya erat2.

Mereka pun memulakan perjalanan....(Apa yang berlaku seterusnya? Nantikan entri seterusnya..kisah benar ni..)

2 comments:

DAKWAH YEOP said...

terima kasih,,kisahnya nampak santai, mesti best sambungannya, tapi yang penting ni bukan cerita dongengla kan?

windi said...

of course not dongeng...kisah benar.

Related Posts with Thumbnails