CHECK IT OUT!

Saturday, January 17, 2009

TALASEMIA- read jgn tak read...

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara.

Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat.

Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan.

Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Tanda-tanda

  • Kelesuan.

  • Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

  • Sesak nafas.

  • Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung.

"Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

windi;s note: Saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan thallasemia. Beberapa tahun yang lampau, semua kanak2 thallasemia diberi makan ubat 'tambah darah' iaitu tablet yang kaya dgn zat besi. 3 kali sehari, sekali makan 2 bijik. Maksudnya 6 bijik sehari. 30 hari=180 biji sebulan.

Adapun seorang kanak2 bernama taiko telah menyedari bahawa berapa biji pun dibaham tablet tu kondisi darahnya takkan berubah. Maintain jak penurunannya. Perubahan akan berlaku cuma bila dia mengurangkan aktiviti fizikal. macam minyak kereta, jika selalu pandu cepatlah habis minyak. Jika terperap digaraj minyak pun save. Begitu juga darahnya. If you want to save 'it' do not move a lot urang putih bilang. Peribahasa bilang hanya jauhari mengenal manikam. Hanya pesakit Thallasemia tahu menilai badannya.

Oleh kerana takut di marahi oleh keluarganya yang prihatin, Taiko berpura2 memakan ubat itu. Dia pernah mempertahankan diri dan berkata, '"Saya makan ka tidak makan ka sama juga. Bukan itu sebab darah saya naik atau turun". Namun no one listen to him.

Hari berganti hari berganti bulan dan tahun. Taiko semakin meningkat remaja. Tapi yang herannya pada suatu tengahari yang panas, keluarganya mula menyedari Taiko kelihatan berbeza dari pesakit Thallasemia yang lain. Tinggi, macho sikit2lah, begayut di SMS dan soranya pun tambah garau. Jerawat pun dah tumbuh sket2. Panau tak payah cakaplah..apa jenis pun ada, you name it..ha ha ha..Aktif sukan plak tuh! SPM pun lepas , you!

Kawan2 Taiko yang lain semuanya berfizikal seperti lumrahnya pesakit yang lain. Pertumbuhan badan terbantut, lemah pelajaran, Perut membuncit, kulit pucat dan beberapa simptom lain. Keluarga Taiko bersyukur kehadrat yang Maha kuasa kerana memberikan kelebihan kesihatan kepada Taiko.

Hinggalah baru2 ini keluarga TAiko di maklumkan bahawa punca kanak2 Thallasemia menghadapi masalah kesihatan adalah kerana kelebihan ferum atau zat besi di badan mereka. Zat besi yang berlebihan ini merosakkan organ penting bdn. Kelebihan ini berpunca dari pemindahan darah yang mereka lalui sedari kecil. OH MY GOD!! Jadi kesimpulannya pemberian pil zat besi kepada mereka semenjak kecil seolah2 meracun kanak2 itu bukan?

Tapi bukan salah doktor juga..Diorang berniat baik dengan memberi ubat itu diharap adalah peningkatan dari segi kuantiti darah. Macamlah bah orang prgnant dikasi pil Zat besi supaya darah naik. Berkesan juga tapi untuk pesakit Thallasemia, Pil itu Umpama RACUN!! Terima kasih kepada penyelidik2 yang menjumpai penemuan ini.

Patutlah bila I tanya Taiko kenapa lama suda saya tidak nampak pil zat besi betapuk atau bertaburan di meja, dia ketawa2 saja. Rupanya dah bertahun pil tu diharamkan untuk mereka.

Kemudian barulah terjawab persoalan kenapa Taiko berbeza dari kwn2 yang lain. Kawan2 lain patuh arahan memakan ubat zat besi. TAiko pula tetap dengan 'malasnya' yang rupanya sangat berguna. Disinilah I terbayang satu line ''the beauty of laziness''. Dikala kanak2 lain secara berkala meracun diri sendiri tanpa menyedarinya ( kesiannyaaaa...) Taiko juga secara berkala dimarahi kerana tidak menelan pil itu. Taiko benar2 ''saved by hi laziness and instinct".

Selain itu antara faktor TAiko kelihatan lebih sihat ialah dia banyak meminum minuman membuang toksik iaitu produk Gano excel (stokis ada di riqueza shoppe, majlis Daerah KB). Memang berkesan!

Sekarang ini Taiko sedang belajar kemahiran di Papar dan menjadi bahan eksperimen bagi penggunaan Desferal (Ubat pembuang zat besi) melalui kaedah Mcm makan gula2. Hisap2. Kalau harap suntik di perut, kdg2 sakit dan terlupa. Stakat ni Taiko cakap OK! harap2 segalanya brjalan lancar.

Ujung Minggu ni Taiko pulg KB. Kalau ada tesisip2 di dompet I, ada juga bahagian ko tu Taiko. he he...Oklah I modop dulu. Pening sudah saya menaip dengan keyboard yang huruf Z, x, C V M dan noktah yang tak berfungsi. Tepaksa pakai Virtual keyboard..uhhhh...Boringnya. OKlah Chow dulu see you allZZ soon...


3 comments:

Anonymous said...

Saya ucapkan tahniah kepada si taiko. rupanya malas2 sikit ada juga hikmah untuk kesihatan. semoga dia sentiasa positif di dalam mengharungi rutin kehidupan seharian ini. orang bilang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..tabahkan hati mu anak2 thallasemia..Tuhan sentiasa sayang kepada mereka yang berhati tabah..

Anonymous said...

staring tu taiko@ALONG...ehem kami di north borneo okey2 jer..cuma ada orang tu kering kontang sdh..hehe..kim salam sayang ngan dorang icad n amin..choww

windi said...

along? napalah i pugit dia punya special @ tu ah..sapa yang kering kontang tu? suru dia makan kentanglah..he he..

Related Posts with Thumbnails