Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.
Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.
Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.
Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.
Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.
Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.
PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.
PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.
Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.
Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.
Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.

1 comment:
jenayah perang dan pembunuhan yang dilakukan oleh israel kepada penduduk palestin merupakan jenayah yang telah lama berlangsung. kita tidak dapat membayangkan bilakah pertempuran ini akan berakhir. nasib malang yang menimpa rakyat palestin ini meruntun perasaan kita semua. melalui boikot barangan israel dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat palestin diharap akan merubah sedikit nasib mereka. sama2lah kita mendoakan keselamatan penduduk palestin dan kesejahteraan negara kita juga..
Post a Comment