CHECK IT OUT!

Monday, January 19, 2009

PERIHAL KICAP ELIZA

PERIHAL KICAP ELIZA
http://e-halal.hdcglobal.com

Betul ke?????? Orang perak tolong periksa !!!
Kicap Eliza. Tolong war-warkan pada kengkawan yang lain sebab bukan anak-anak saja
yang sukakan kicap, kita mak/bapak pun suka......masak kicap. Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua org...

Kicap Eliza.
Dibotol kicap ini tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3,Jalan .Jelapang, Ipoh. Setahu Saya diBatu 3, Jalan Jelapang cuma ada Kilang Kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah dipersimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (ditraffic light).

Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada disebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar ... dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti yang tertera dibotol kicap. Ermmmm, saya yang hampir sebelum ini 10 tahun tinggal disana pun tak perasan itulah kilang kicap Eliza ... kecuali bila tengok address kilang pada botol tersebut semalam (Ahad).

Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya memang orang Islam ... seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee JB. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana ... satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yang warna hijau tau, bukan cover yang warna merah .yg merah, sudah dijual kpd tokey cina (sudah tentu bukan islam)....

Subject: RE: REPLY ....... AWAS! penggemar kicap!
Untuk maklumat u all, setelah diselidiki dan dipantau.........kicap yang tertera dibawah tu.....sememanglah benar, dipunyai oleh seorang taukey cina kilang kicap tersebut mengunakan nama orang melayu agar mereka mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata2 yang mengunakan kicap adalah orang melayu , jadi itu adalah strategi mereka. oleh yang demikian hindarkan saja untuk membeli jenama tersebut...semoga apa yang dimakan hendaklah halal dan sememang nya bersih. Orang Ipoh tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat sebab jadi darah daging yang menentukan sikap dan kemana kita di Akhirat nanti. wallahualam

JAWAPAN PIHAK JAKIM:
Saya merasa terpanggil untuk menyiasat setelah membaca email kesangsian mengenai Kicap Jenama Eliza. Saya tinggal berdekatan dengan kawasan ini, Meru Valley. Ini adalah maklumat saya :

Jenama ELIZA Kilang kicap Weng Lee ini adalah diusahakan oleh Keluarga Cina, dan perkerja2 nya adalah dua orang makcik India. Secara kebetulan , ada kenalan saya yang telah tinggal di Taman Meru ,hanya 50meter dari Kilang itu , menceritakan sejarah wujudnya perniagaan Eliza itu. Seorang pakcik ketika dalam tahun 1985-87 berasal dari Kelantan tinggal berhadapan dengan rumah dia, selalu beli barang dari Thailand dan perniagakan kesini .Dia membela seorang cucu bernama Eliza ( 8 tahun ketika itu ). Nama jenama itu diambil sempena nama Cucu dia.

Atas perancangan dengan taukeh2 cina ini ( adik beradik , family bisniz), Memang wujud pengusaha bumiputera dalam kilang itu dan jenama Eliza hanya untuk strategi pemasaran. tapi kilang itu juga mengeluarkan jenama lain. Menurut kata jirannya , pakcik tu dah lama tak datang sini lebih 10 tahun (sejak 1995) , malah rumah dia dah diduduki oleh keluarga lain. Budak yang nama Eliza tu pun dah besar dah pun dan bekerja di KL.

Pakcik tu terkenal sebagai perdagang barang2 Siam awal 80-an dan kontraktor binaan kecil-kecilan buat selengaraan sekolah ugama satu masa dulu. Penduduk Taman Meru memang tahu pakcik tu ada kilang tu tapi tak tahu pada mulanya dijalankan oleh taukeh2 Cina ni. Di Perak sendiri kicap ini tidak mendapat sambutan mengikut penduduk di sana ( mungkin kerana mereka tahu siapa pembuatnya ) .

Buat masa ini kicap2 ini banyak dipasarkan di Pantai Timur ,khabarnya ada kontrak. Bagi sapa2 nak tahu lebih lanjut tentang kilang ini, ianya terletak di antara Jelapang dengan Meru, Ipoh. Ada simpang permulaan yang nak pergi ke Lumut jalan raya baru. Bagi mereka yang datang dari KL , susur keluar sebelum Tol Jelapang masuk kiri akan melalui 4 traffik light sebelum sampai simpang ke highway Lumut. 2.3km dari tol Jelapang.

Kesimpulan pemerhatian saya, kilang ini mempunyai kicap Jenama Eliza hanya untuk mencapai pengguna Muslim atas nama Pengguna Islam. kilang ini tidak mengutamakan kebersihan, malah salah satu gambar yang saya(104-0455) ambil melalui rumah pemilik bengkel itu kelihatan kicap2 disimpan dalan bekas plastic macam tong 5 liter ubat-ubatan.

Dari segi perdagangan ianya tidak salah tapi dari segi kesucian saya harap ada pihak lain yang akan menyiasat. Kalau saya, saya tidak akan gunakan jenama ini. Ketika saya ambil gambar ini saya telah diperhatikan oleh pekerja2 disana, dan saya tak nak teruskan khuatir dikejar oleh mereka.

Bagi sapa2 yang pernah membawa usul ini di dalam email ini, saya ucapkan syukur kerana perihatin pemakanan yang kita makan , agar anak cucu kita tidak tercemar dengan unsur2 yang tidak bersih dari pembuatannya. Demi kebaikan pengguna Islam. Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

apa? kicap eliza diragui taraf halalnya? alamak, syukurlah i jarang beli kicap eliza. i minat sos adabi, eh, sebut sos pulak. orang cerita tentang kicap, i melalut ke sos pulak. tak apa lah, yang penting bendanya bikin cicah dimakanan juga kan. bah, jaga2 lah kita semua. jangan main beli saja. nasib baik ada yang prihatin menyiasat, kalau tidak apa lah nasib amalan kita selama ini ya..hari2 cari rezeki halal tapi termakan pula benda yang haram. nauzubillh..

Anonymous said...

apa? kicap eliza diragui taraf halalnya? alamak, syukurlah i jarang beli kicap eliza. i minat sos adabi, eh, sebut sos pulak. orang cerita tentang kicap, i melalut ke sos pulak. tak apa lah, yang penting bendanya bikin cicah dimakanan juga kan. bah, jaga2 lah kita semua. jangan main beli saja. nasib baik ada yang prihatin menyiasat, kalau tidak apa lah nasib amalan kita selama ini ya..hari2 cari rezeki halal tapi termakan pula benda yang haram. nauzubillh..

Anonymous said...

cikgu windi, i terdouble tekan butang. komen pun jadi double. please padam yang satu ye, karang orang nak masuk komen tak muat pulak. soriiiii...

Related Posts with Thumbnails