CHECK IT OUT!

Saturday, January 3, 2009

Enggan guna perkataan sekolah



"PAPAN tanda menunjukkan Watercliffe Meadow mengelak menggunakan perkataan sekolah."



SHEFFIELD - Sebuah sekolah yang baru dibina mencetuskan kontroversi kerana enggan menggunakan perkataan 'sekolah', lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun menerima kritikan hebat, pihak pengurusan Watercliffe Meadow di Sheffield yang mempunyai 481 pelajar menggantikan perkataan sekolah dengan tempat pembelajaran.

Alasan yang dikemukakan adalah kerana ia membenarkan pelajar memakai selipar dan bukannya kasut.

Pengetua Watercliffe Meadow, Linda Kingdon berkata, pihaknya tidak mahu menggunakan perkataan sekolah sejak awal penubuhan institut itu yang berharga £4.7 juta (RM23.52 juta).

"Kami memulakan satu bentuk pengalaman pembelajaran yang baru, seperti di rumah kerana di sini tiada wisel, loceng atau pintu yang dikunci," jelasnya.

1 comment:

Anonymous said...

Bah, kita tengok saja nanti samada pendekatan diorang ni ada hasil atau pun sebaliknya. cuba2 nak menongkah arus la tuu..

Related Posts with Thumbnails