CHECK IT OUT!

Thursday, January 22, 2009

Cikgu masa apa sekarang?

Rasanya dah lama saya tak masuk entry. Sibuklah semenjak buka sekolah ni. Hari Rabu masa mengajar saya memang full. Full swing sampai pulang. Rehat 60 minit jak dari jam 7.30 hingga 1.00 petang. Fuh! Dasat masa saya hari ni.

Tapi..jeng..jeng..jeng.. esok I free giler. Esok kelas I cuma Tahun 4 bestari . 60 minit. Lepas tu bolehla I mengabadikan diri I dengan buku2 SPBT yang berkoyan2 di bilik BOSS tu (Bilik operasi skim pinjaman buku teks sekolah). Pelupusannya, pengembalian ke stor pusat, keceriaan, buku stok, kelab spbt dan macam2 lagi. Banyak juga bah kerjanya. Harap2 12 Febuary ni, masa mesyuarat nanti , Puan Girlie (Pegawai incharge spbt for whole sabah) akan sampaikan berita gembira (pengurangan masa mengajar guru spbt ke..).

Actually I mau share satu kisah yang berlaku disekolah tadi. Very simple tapi mencuit hati I. Bilik BOSS ni bersebelahan dengan kelas tahun 5 cemerlang. Pelajar dalam kelas ni kategori yang perlu diberi 'intensive care'. Faham2lah.. Ada sorang guru masuk kelas tu tadi. I ada dibilik BOSS so I terdengarlah perbualan cikgu tu ngan budak2. Guru tu dah 3 minggu masuk kelas diorang untuk subjek B Melayu.

Entah apa mimpi budak2 tetiba tanya cikgu tadi " Cikgu..masa apa sekarang?"
Macam terdiam guru tu sekejap.
Lepas tu dia berkata ''mana jadual kamu? rujuk dalam jadual'' mungkin dia mahu diorang berfikir.
"Kami tiada bawa jadual, cikgu"
"Cikgu ajar kamu apa'' Tanya guru tu lagi.
"Bahasa Melayu" jawab murid2.
Lama cikgu tu terdiam sebelum berkata "Jadi, kenapa lagi kamu tanya masa apa?"

Hahaha... I ketawa sorang2 dalam bilik BOSS. Sabar juga Cikgu tadi tu menjawab dengan suara yang steady. Cayalah. Begitulah kalau ajar sekolah rendah ni. Macam2 soalan ''wongo'' (dah tahu tapi bertanya lagi) dari pelajar.


1 comment:

Anonymous said...

budak2 memang macam tu. anak i yang 2 orang tu selalu jugak berhujah antara satu sama lain. bila keadaan sudah tidak terkawal barulah i campur tangan meleraikan diorang ni. i akan tanya yang kecil dulu,"zira, umur berapa tahun?" dengan sedih sebab rasa macam dah kalah dia jawab, "3 tahun.." Lepas tu i tanya yang besar pula, "Baby dlm tahun berapa sekarang?" Dengan agak ego dia mjawab,"Tahun 3." Bila i jengilkan mata dengan si baby ni baru la dia agak malu lalu masuk ke bilik. mungkin dalam hati dia berkata, "alamak, terlebih sudah.."

Related Posts with Thumbnails