Hooray!! Esok buka sekolah2x (seperti nada sorak 'esok hari raya').
Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah. Esok sesi persekolahan akan bermula. Beribu-ribu kanak2 dan remaja akan meneruskan rutin harian mereka . sekolah akan kembali ceria dengan kehadiran pelajar. Banyak jalan raya akan menghadapi semula rutin sesak pada setiap pagi, tengahari dan petang.
Surirumah yang bertugas menghantar anak setiap hari kesekolah akan mula bergerak aktif mulai esok.
Guru-guru yang telah ''mengecas bateri ''selama sebulan akan mula menggerakkan motor2 dan mengerah kudrat mulai esok. Guru2 wanita akan mengaktifkan semula aktiviti 'seni lukis' setiap hari di hadapan cermin .
Guru2 lelaki akan mengaktifkan semula siasatan terhadap 'misteri stokin yang hilang' dan konsert 'kilat kasut' . Bak kata seorang sarjan, 'jangan perasan kasut tu berkilat selagi bayangan gigi anda tak nampak di permukaan kasut' . Tidak kurang juga guru lelaki yang akhirnya menemui neck tie kesayangan mereka rupanya telah menabur jasa sebagai pengikat langsir. Siapa punya kerja agaknya ye...Tidak ada istilah bermalas2an lagi.
Kedai2 buku akan terus aktif menjual buku2 dan peralatan menulis. kertas kerja perancangan aktiviti mula dibuka. Makcik2 kantin akan sibuk semula menyediakan segala yang perlu untuk dijual.
Suara2 guru akan mula bersipongang di setiap kelas, setiap saat, di seluruh negara. Kalaulah suara2 ini boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik(seperti animasi monster incorporated), tentu setiap ceruk kampung dinegara ini mampu menerima bekalan elektrik yang cukup dan tak putus2. Apatah lagi jika suara2 itu diambil dari guru2 kelas pra sekolah.
Stesen2 minyak akan mula mengaut komisen yang tinggi dengan pergerakan kenderaan yang semakin banyak dan aktif.
Gerai2 tepi jalan akan mula aktif menjual kuih, mee goreng dan aiskrim batang.
Guru2 dan AKS yang 'business minded' sudah tidak sabar untuk mempamerkan katalog paling baru - Beethoven, Avon, mayfirst, Nutrimetis, Leno, MaryKay, Gano excel, CNI, Rojam, Revell, Elken dan seribu satu jenama lagi yang mampu menjana pendapatan lumayan jika rajin berusaha dan tahan lasak dengan karenah pelanggan.
Pejabat pendidikan akan mula sibuk menganjurkan kursus, mesyuarat, kem motiasi dan tidak kurang juga data2 yang perlu dianalisis, pekeliling yang harus diedarkan.
Nazir2 akan mula berkeliaran disetiap sekolah samada Nazir dari peringkat negeri atau Nazir persekutuan.
Tempahan pesawat semakin meningkat untuk urusan mesyuarat pegawai2, urusan pelajar menyertai pertandingan, guru2 menghadiri kursus dan banyak lagi.
Kesimpulannya, ia satu fenomena! Apa yang pasti ada satu perkara yang bakal berkurangan. Apa dia? Sudah tentulah 'jemputan kenduri kahwin'. he he...
Akhir kalam....Selamat memulakan sesi persekolahan 2009!

No comments:
Post a Comment