CHECK IT OUT!

Monday, January 12, 2009

SEKOLAHKU DILANDA BANJIR LAGI !!

Hari ini sekolah saya dilanda banjir akibat hujan lebat semalaman. Air sungai melimpah ke tapak sekolah manakala air dari bukit sekitar sekolah juga turun membanjiri kawasan sekolah. Pagar sekolah yang baru sebulan dipasang dengan cantiknya sudah ranap. Kerusi meja terapung2 di dalam kelas. Lumpur akibat banjir sedalam lutut.

Tahun lalu pun kejadian yang sama melanda sekolah ini. Kereta Warden asrama turut tenggelam. Nasib baik beberapa orang guru yang tinggal berdekatan sempat menyelamatkan laptop sekolah dan beberapa lagi barangan berharga.

Pada tahun itu Sekolah terpaksa berehat selama hampir 2 minggu kerana banjirnya datang dan pergi. Isnin banjir, selasa surut, Rabu banjir lagi, khamis Jumaat surut dan selepas gotong royong pembersihan, Sabtu Ahad banjir besar melanda lagi...Bila musim hujan sudah berlalu dan cuaca mulai stabil begitu juga sesi P&P, baru kami perasan rupanya dalam tempoh banjir itu papan2 dinding dan lantai sekolah sudah reput dan sangat berbahaya kepada pelajar.

* Masalah ini akan selesai jika bangunan sekolah baru didirikan dengan tapak yang lebih tinggi (timbus). Kesian pelajar... merekalah mangsa yang sebenarnya...

2 comments:

Anonymous said...

peristiwa sekolah dilanda banjir memang menyedihkan. malangnya ia sentiasa berlaku bila musim hujan yang berlarutan selama berhari-hari. syukurlah sekolah anak saya ndak pernah dilanda banjir hingga memaksa diorang tidak ke sekolah tapi jalan raya yang masih bertaraf jurasic park di laluan rumah kami sentiasa menjadi cabaran bertaraf camel troffy. hebat tapi menakutkan..

windi said...

ha ha....camel trophy? mau kasi simen sendiri tu jalan tapi mahal harga betul harga simen kan..

Related Posts with Thumbnails