CHECK IT OUT!

Monday, January 12, 2009

BERTUAH BADAN SITI

Jam Richard Mille untuk Siti


"DATUK K memerhatikan Siti Nurhaliza selepas mereka membeli jam tangan Richard Mille di Kuala Lumpur semalam. Seutas jam koleksi Richard Mille boleh dibeli pada harga RM197,000 hingga lebih RM1 juta."


PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza semalam dihadiahkan jam tangan jenama Richard Mille yang dipercayai berharga ratusan ribu ringgit sempena hari jadinya ke-30.

Jam itu diberi oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia dibeli dari sebuah kedai jam terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Wartawan yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan gambar Siti yang penuh bangga memakai jam itu di pergelangan tangan kirinya.

Ketika ditanya berapa harganya, Datuk K memberitahu, dua tiga ribu ringgit sahaja.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati jam yang paling murah dijual di kedai itu ialah RM197,000.

3 comments:

UmiKraftanganSabah said...

Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya yang tak seberapa ini, jika berminat hubungi sahaja saya bila-bila masa, semoga hubungan persaudaran kita ini berpanjangan,tk.

Anonymous said...

Rm 250 ribu??!! wow! kalau golongan standard macam siorang ni, mau buat rumah pun satangah mati cari rm10 ribu. itu pun katahub-tahub lagi. Beli tiang, beruti, paku, zing, lantai, dinding terus ternganga. Alamak, dapur pun belum tentu dapat. Jam tangan anak saya berharga rm15, hampir 2 tahun sudah dia pakai. Om, mogot nogi haro koiii..

windi said...

ha ha ha....otopot bogia hoi! mainan diorang saja bah rm250 000 tu. kalau urang biasa2 ni, kerja sampai mati belum tantu dapat kumpul 250 000.

Related Posts with Thumbnails