CHECK IT OUT!

Saturday, January 10, 2009

WELCOME TO THE CLUB !


Welcome to the club !! club cikgu2 le.. khas buat all KPLI graduate yang baru dapat surat posting masing2 di seluruh negara. Selamat menempuh 'the real world' dengan pelbagai cabaran yang takkan terduga dek akal.

Kalau siti beritahu wartawan bahawa 'sabar' merupakan senjata utamanya menangani gossip, maka menurut Windi, 'sabar' juga merupakan senjata utama seorang guru untuk menangani pelajar - Dengan cengengnya, manjanya, sensitifnya, pintarnya, lasernya, parentsnya, slow learnernya, kayanya, miskinnya, kemasnya, selekehnya, wanginya, bau hanyir tak mandi paginya, sebelas turun naiknya (sinus hidung, tarik sebelah turun pula sebelah. bermusim pulak tu...he he he...biasalah budak2) dan macam2 'nya' lagi yang you will discover soon.
Bak kata P Ramlee " cobaaaannn....."

Tapi jangan susah hati sebab jadi cikgu ni banyak pahala. Ilmu yang kita berikan akan dimanfaat sampai akhir hayat pelajar dan berterusan ke generasi seterusnya. Kalau dilihat dalam bentuk MLM, banyak bonusnya. Tapi ini bukan berkenaan ajaran MLM tau. syirik tuh!

satu lagi, cikgu ni lambat tua. Dalam erti kata lain, awet mudeee...hik hik..seronok pula cakap pasal awet muda nih. Bukan syok sendiri tapi kawan2 n bekas murid2 yang cakap. Kakak sulung saya pun ada cakap guru ni awet muda. Spesimennya bukan saya tapi cikgu2nya dulu. Muka gurunya tak jauh beza dari dulu. Uban2 nakal tu biasalah. Tahi lalat pengacau adalah sket2 tapi overall, they look younger than their age..aisehmen...kembang kuncup double barrel.

Teori kakak saya, mungkin sebab guru ni sentiasa 'dealing with' kanak2 dan remaja for their whole life. Guru sentiasa berurusan dengan jiwa dan psikologi kanak2 dan remaja sekaligus menyelami naluri dan jiwa mereka. Oleh itu jiwa guru sentiasa muda dan auranya terpancar pada wajah mereka...

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada my brother dengan nama glamernya Qohar yang di posting ke SK Garau, Kudat baru2 nih..Kalau dapat 1st salary nanti belanja kami makan okeh.. Last but not least, 'Jaga diri baik2'.




1 comment:

Anonymous said...

bab yang paling i minat, tentang cikgu2 ni awet muda. ada kebenarannya juga kan. bukan lah kerana cikgu2 ni terstuck dalam sekolah yang sama selama bertahun2 tapi kerana cikgu ni sentiasa saja bangun pagi dengan semangat yang baru. biasalah kan, lebih2 lagi awal tahun mesti ramai murid2 baru yang baru masuk. jadi cikgu2 ni pun tak boleh kalah dengan semangat baru. contoh teladan mesti lebih mantop, kata syamsul ghau2. cikgu adalah cahaya yang sentiasa bersinar untuk menerangi perjalanan pelajarnya. semoga bahagia selalu. Ikhlas dari, Kaimun..

Related Posts with Thumbnails