KUANTAN - "Kejadian anak bongsu saya yang sukar untuk diambil cap jari ketika membuat kad pengenalan bagaikan memberi alamat buruk bahawa kami akan kehilangannya."
Demikian cerita Azhar Lah, 43, bapa kepada Shaidatulnadiah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah, di sini yang terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta Proton Iswara di hadapan sekolahnya di Jalan Beserah, di sini semalam.
windi's note : Sistem keselamatan jalanraya untuk kawasan sekolah di Malaysia belum memuaskan. Contoh terdekat, jalan raya dihadapan sekolah di mana saya bertugas sekarang telah lama menjadi medan kematian dan kemalangan.
Sudah berapa banyak nyawa yang melayang dihadapan sekolah ini. Dari pelajar sekolah kepada ibu bapa pelajar hinggalah orang awam, semuanya pernah menjadi mangsa. Pelbagai versi dan kategori kemalangan. CederaParah, ringan, Kepala berkecai, patah bahu, patah rusuk, terbenam ke lumpur, patah kaki dan adegan terbabas seolah acara tahunan. Nauzubillah....
Empat sekeluarga pernah menemui ajal di jalan raya menghala kesekolah ini tahun lalu. Khabarnya terbabas. Selepas itu sebuah pajero terbabas ngam2 depan pintu masuk sekolah. Mengantuk konon. Tak lama kemudian sebuah wira 'cedera parah' terlanggar lembu org kg. Kononnya lembu tiba2 muncul. Selang beberapa hari, depan mata ibunya (security guard sekolah), anak dara suntinya diseret proton saga putih. Nasib baik ada lekuk lopak ditepi jalan. Anak daranya termasuk ke dalam lekuk dan terlepas dari seretan. Patah bahu dan calar balar. Tak lama kemudian seorang kanak2 dihentam kereta. patah kaki dan cedera dalaman. Depan sekolah juga.
Paling saya tak dapat lupakan semasa tahun 2001 (ketika itu saya masih mengajar di Pitas) dan pulang KB pada hari Jumaat. saya melalui jalan ini (Dihadapan sekolah saya sekarang). van semput yang saya tumpangi pada hari itu perlahan2 melepasi satu kejadian kemalangan. Oleh kerana van itu bergerak dgn sgt perlahan, terdengar perbualan orang ramai. Ada pelajar sekolah digilis lori petronas. Mayatnya telah dialih ketepi jalan. Saya lalu mengalihkan pandangan ketengah jalan. Mengelak konon. Tak semena2 saya terlihat setompok benda putih sebesar tempurung kelapa terletak dengan baik diatas jalan, dihiasi kepingan2 seperti tempurung kelapa berwarna putih dan disirami warna merah. Nampaknya benda putih itu masih berdenyut2! sebabnya kejadian tadi baru beberapa minit berlalu. Selepas itu selera makan saya hilang beberapa minggu.
Faktor utama semua kejadian ini ialah kecuaian pemandu kereta. Sepatutnya pemandu kereta memperlahankan kereta dikawasan sekolah apatah lagi sekolah ini terletak dikawasan kampung yang padat penduduk. Sepatutnya pemandu sedar dengan realiti bahawa kawasan sekolah dan perkampungan terdapat ramai penduduk terutama kanak2 yang bila2 saja boleh tiba2 melintas jalan. Mereka boleh mengawal situasi jika memandu perlahan2 dikawasan ini.
Selain itu, kegelojohan pemandu untuk memotong (kategori cuai juga kan) juga menjadi punca. Saya selalu mengalami situasi pemandu memotong dengan gelojoh selepas saya memasang signal belok ke kiri (beberapa meter sebelum masuk pagar sekolah). Walhal jalan raya didepan merupakan selekoh menghala ke kanan. Mereka takkan tahu sama ada terdapat kereta atau tidak dari arah bertentangan tetapi dengan rakus dan gelojohnya memotong. Kenapa tidak tunggu saja di belakang dan teruskan perjalanan selepas saya atau kenderaan lain masuk ke dalam pagar sekolah? Biasanya pemandu yang gelojoh ini cenderung menghimpit kenderaan yang dipotong untuk menyelamatkan diri sekiranya tiba2 muncul kereta dari arah bertentangan. Sangat berbahaya bukan? What will happen if they didn't make it?
Faktor kedua ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Garisan jalanraya samar2 dan tidak pernah di cat semula semenjak saya bertugas di sekolah ini 6 tahun yg lampau. Sebelum itu pun tak pernah ba. Dalam kesamaran itu saya dapati garis diselekoh ialah garis putus2. Siapa punya kerja ni? Nak orang eksiden ke? Selain itu Garis kuning yang tak wujud lagi. Dah bertahun garis ni pupus. Saya tahu garis ni pernah wujud di sini pun bila dengar cerita orang kg. PIBG juga sudah menghantar permohonan meminta garisan kuning tapi bak kata orang 'sampai baino' pun tiada khabar berita.
Sepatutnya dibina bonggol besar macam depan center point tu supaya pemandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan dan sekaligus menyelamatkan nyawa kanak2 sekolah khusunya dan orang awam amnya. Paling bagus lagi, ikut jejak sesetengah kampung yang memasang private signboard dan ditujukan kepada semua pengguna jalanraya yang melalui jalan di kampung mereka. Ianya berbunyi seperti ini "perlahankan kereta anda, kalau tidak, paham-pahamlah!"
4 comments:
memberi keinsafan betul artikel ko ni bos...
betul tu..sepatutnya buat zebra crossing ba kan? atau biarlah buat bump besar2...kelau laju..naa..rasalah ko..
ya setiap jalanraya depan sekolah patut ada bump dan zebra crossing. Barulah budak2 selamat. Ini kereta limpas2 mcm tdk nampak saja budak2 bejalanan. Tapi hairan kalau nampak lembu pandai pula slow. Nyawa sapa lebih penting?
i paling berbulu dengan sikap pemandu yang ndak sabar2 nak memotong. kalau dia sorang saja yang tergolek kebaboom dalam parit ndak apa juga. agaknya sudi juga kita call ambulan dan truck on tow. dibuatnya dia seret kita sekali, memang bala besar yang sukar di ampunkan. sangat menyedihkan dan kejadian nasi sudah menjadi bubur sudah menjadi rutin wayang di atas jalan raya..ya Tuhanku..
Post a Comment