CHECK IT OUT!

Thursday, January 22, 2009

GAYO NAKAN!

3 minggu yang lalu saya, husband, anak2, my parents dan siblings pegi kudat. Mau jalan2lah konon di Kudat sambil tengok2 sekolah tempat brother I dipostingkan tu. Lepas round2 sekitar sekolah tu, kami pegi di Golf Club Kudat. Bukan main golf tapi saja mau try2 cafe di sana ok ka tak ok. Disinilah ceritanya bermula. Jeng...jeng..jeng...

Kami orderlah 5 jenis lauk. Pelik2 kali menu kami order sampai boring sudah menunggu baru muncul satu lauk. Tengok jam dekat jam 2.oo petang sudah. Sudahlah pagi2 tiada sarapan. Perut kami pun belawan2 sudah sound dia. Ada rentak balada, pop rock malahan ethnic kreatif pun ada..ha ha ha.. Nasib la ada sekawan monyet kecil (kara), lari2 di padang golf tu. Ada juga bikin lupa2 order yg lambat sampai tu. Ada sudah cubaan2 mengungkit, bagus lagi tadi makan di restoran lain. Kali cepat lagi sampai tu order.

At last sampai juga lauk yang bagai menunggu bulan jatuh ke riba tu. Eh? Tapi kenapa 4 jenis jak? Pastu pelayan tu cakap, "sekejap ah..ada lagi satu piring di dalam". Kira2 10 minit kemudian dia datang balik ke meja kami. Macam tercengang2 dia tengok kami sambil memegang sepiring ikan putih masak stim yang masih berasap2. Tepaksa kami yakinkan dia "Sinilah tu punya order". Baru dia letak piring tu atas meja kami dengan muka masih heran2 kucing.

Kamu taukah kenapa dia tekejut? sementara dia masuk dapur untuk ambil lauk kelima tu, kami tak dapat tunggu lagi. Maklumlah lapar betul sudah. Jam 2 petang sudah ba tu. Masing2 pun berusaha bersungguh-sungguh menyenduk apa yang patut dan menelan apa yang sudah disuap. Bila pelayan tu datang balik, clear sudah semua lauk. Dua tiga orang lagi masih makan. Yang lain urang bilang tinggal kurik2 gigi lagi. Sekejap saja bah kalau lapar. Macam stail Ikan Piranha. Bekerjasama dan bersatupadu..he he he.. Last2 husband I, bapa I and brother I inta2 tu ikan stim. Yang lain try sikit jak, asal jak tidak kempunan. Kenyang sudah kali.

Lain kali mau lagi pigi kudat tapi jalan2 di Simpang Mengayaulah trus kali ni. Bole la tgk2 pemandangan alam yang indah.


3 comments:

Kaimun AL said...

He.he..kalau dah lapar memang la macam tu kan. i dengan family pernah makan satu restoran kat kk. lapar punya pasal terus makan dan lupa oder air minum. Bayangkan lepas makanan dah habis nak kena tunggu 10 minit baru air minuman datang. nasib baik antara kami tak ada yang tercekik, kalau tidak buat malu saja.

windi said...

pandai sudah u bubuh nama kak. Bravo!!

jk said...

saya orang sabah tetapi bekerja di KL. Ada satu restoran di Ampang yang mempunyai signboard berikut, yang saya rasa patut juga diletakkan didalam restoran tersebut:

"WE AIM TO PROVIDE YOU FAST SERVICE, NO MATTER HOW LONG IT WILL TAKE US"

Related Posts with Thumbnails