CHECK IT OUT!

Saturday, January 17, 2009

RENTETAN KISAH WANITA TERJUN TINGKAP

'Dia teringat kekasih lama'


ANGGOTA bomba memapah isteri Wan selepas dia terjun bangunan tiga tingkat di Johor Bahru kelmarin.



KERATAN Kosmo! semalam.


JOHOR BAHRU - "Memang dia (isteri) ada bagi tahu saya dia masih teringatkan bekas kekasih lamanya beberapa hari lalu.

"Bagaimanapun, saya nasihatkan dia supaya lupakan saja bekas kekasih lamanya itu tetapi dia kata susah untuk dia berbuat demikian."

Itulah penjelasan suami kepada wanita yang terjun dari bangunan rumah kedai tiga tingkat di Taman Pelangi di sini kelmarin.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 32, berkata, dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut apabila pulang dari tempat kerja pukul 7.30 malam semalam (kelmarin).

"Bila saya sampai di rumah ada jiran bagi tahu isteri saya terjun dari tingkap tetapi berjaya diselamatkan," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ujar Wan, isterinya itu seorang yang pendiam selain selalu murung sejak beberapa hari lalu kerana terlalu rindukan bekas kekasih lamanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

"Kerana kasihankan isteri, saya pernah membawa dia pergi ke rumah sewa lelaki itu di Seremban tetapi hampa kerana lelaki tersebut telah berpindah.

"Saya juga pernah bawa dia pergi berubat tradisional di Ipoh kerana takut dia terkena buatan orang tetapi semua usaha itu tidak berhasil," katanya yang enggan memberitahu nama isterinya itu.

2 comments:

abd naddin said...

Cikgu Windi,
Saya tak tahu nak cakap apa selepas membaca kisah wanita yang terjun tingkap ini.
Cinta adalah sesuatu yang ajaib dan penuh misteri. Tetapi sebagai manusia biasa, kita jangan suka mempermainkan perasaan orang. Kita juga jangan terlalu menurutkan perasaan. Cinta pertama memang sukar dilupakan namun kita haruslah mampu mengurus dan menata perasaan kita supaya lebih seimbang. Saya puji sikap suaminya, yang kasihkan isterinya.

Anonymous said...

kadangkala special moment boleh terpahat dihati insan tidak kira lah dia lelaki atau wanita. kenangan memang sentiasa ada tapi mereka yang sudah ditakdirkan menemui jodoh dengan orang lain seafdalnya harus tahu bahawa bukan semua yang kita inginkan didalam dunia ini akan menjadi milik kita. dunia hanya sementara tetapi akhirat adalah kekal selamanya. hargailah apa yang telah Tuhan berikan kepada kita kerana tiada siapa pun insan di dunia ini sempurna, bahkan kita harus sedar kita juga bukannya sempurna sangat..

Related Posts with Thumbnails