CHECK IT OUT!

Thursday, January 1, 2009

Ekonomi merudum. Bersediakah kita?

MALAYSIA mampu mengharungi krisis ekonomi global paling teruk yang dijangka melanda pada tahun ini, disokong kepelbagaian ekonominya dan rangka kawal selia yang baik, kata Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG).

“Pada pandangan kami, rangka kawal selia kita kini adalah lebih baik daripada ketika negara berdepan krisis kewangan Asia pada 1997, sementara ekonomi kita pula lebih pelbagai,” kata Ketua Eksekutifnya, Abdul Wahab Jaafar Sidek. Beliau menegaskan, bagaimana katanya, negara ini dijangkakan tetap terjejas dalam tempoh itu.

Katanya, Malaysia akan terjejas paling teruk enam bulan selepas keadaan di ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat menjadi semakin buruk yang dijangkakan pada Jun 2009.


“Yang paling buruk akan muncul enam bulan selepas Jun dan kita akan pulih selepas itu,”

Abdul Wahab berkata, dalam masa yang sukar itu, pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan baru-baru ini akan digunakan dengan lebih baik bagi menangani asas ekonomi.

“Adalah lebih baik menangani isu itu di akar umbi. Wujudkan pekerjaan bukan sebaliknya melabur dalam syarikat dikatakan bernilai rendah,” katanya.

windi's Note:

Pada tahun 2005, semasa sedang mengikuti pengajian di UMS dalam bidang Ekonomi, beberapa orang pensyarah ekonomi menjangkakan bahawa pada tahun 2007 atau selewat2nya 2008, ekonomi dunia akan melalui satu tahap dimana ia akan merudum dan mengalami kejatuhan(economic downturn). Perkara ini akan berlaku setiap selang 10 tahun atau lebih sedikit. Saya membuat beberapa rujukan sejarah dan ternyata ianya benar di atas kertas. Akhirnya pada tahun 2008 jangkaan pensyarah2 itu memang benar cuma kali ini ia bermula di barat. Sempena tahun baru ini saya ingin mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua pensyarah Sekolah Ekonomi UMS kerna sangat profesional, dedikasi, toleransi, baik hati dan bijak bestari. You are the best!!

Pada tahun 1997-2000, negara kita juga dilanda krisis ekonomi yang menyaksikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet. Pada ketika itu saya masih menuntut diMaktab Perguruan Keningau. Memang kami sangat terasa bahang kemelesetan ekonomi. Banyak aktiviti maktab yang di KIV akibat kekurangan peruntukan. KAGUM kebangsaan, Aktiviti Luar, Perkhemahan dan banyak lagi yang sepatutnya kami jalankan. Senior kami sangat bernasib baik kerana sempat melalui saat2 indah sebelum ekonomi 'melecet'. Bahkan kami terpaksa membuat kutipan untuk membeli kertas A4 bagi tujuan notes printing. Sudahlah begitu, pensyarah terpaksa menggunakan font 8 arial narrow bagi tujuan penjimatan. Sudahlah begitu, dibahagikan pula kepada 4 column. Printing pula setting 'draft'. Belum kira lagi elaun yang sudahlah ciput(Rm275 selepas tolak sewa hostel rm60 dan MGP Rm10) selalu pula lambat di bank in. Terpaksalah makan maggie. Maggie pula tepaksa dibelah 4. sudahlah belah 4, datang pulak member buat muka lapar, terpaksa pula share. Nasib2.. Kalau di ingat2 sekarang memang kelakar giler. Namun pada tahun 1999-2000 ekonomi semakin pulih dan sempat juga kami menyertai beberapa aktiviti walaupun tak berapa 'grand'. Maklumlah ekonomi baru pulih, belum 'sihat' sepenuhnya untuk kami di sponsor sakan. Kepada semua rakan2 sekelas PI/KT (MPKS) sesi 1997-2000, I miss you all.
Happy New Year!!

1 comment:

paneh said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails