CHECK IT OUT!

Saturday, January 17, 2009

Asal Usul Nama KOTA BELUD

Petikan asal bahasa Kaum Bajau.

KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan

BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan bukit itu, dikenali sebagai Kota Belud. Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

PD1.gif (19145 bytes)

PD2.gif (38973 bytes)

PEJABAT DAERAH KOTA BELUD

Pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud adalah satu daripada pentadbiran daerah yang tertua di Negeri Sabah . Ia ditubuhkan pada masa zaman jajahan Kerajaan Kolonial dan menjadi daerah penuh mendahului daerah-daerah lain. dan, daerah Ranau pernah menjadi daerah kecil kepada daerah Kota Belud sebelum tahun 1953. Di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud jugalah, Majlis Daerah yang pertama ditubuhkan di Sabah dalam tahun 1952.

1 comment:

Anonymous said...

Daerah Kota Belud sekarang telah bertambah maju. Kenderaan juga semakin banyak. Beberapa tanah sawah terpaksa ditambak untuk menampung keperluan penduduk yang semakin ramai. Selamat maju jaya Kota Belud!

Related Posts with Thumbnails