CHECK IT OUT!

Thursday, January 29, 2009

Bapa tembak mati isteri, lima anak di rumah


GAMBAR menunjukkan Ervin (dua dari kiri) bergambar bersama isteri dan anak-anaknya.


LOS ANGELES - Seorang bapa, Ervin Lupoe menembak mati isteri dan lima anaknya yang berumur di bawah sepuluh tahun sebelum membunuh diri di sini kelmarin selepas dipecat sebagai juruteknik di sebuah pusat perubatan.

Menurut satu nota yang difakskan ke sebuah stesen televisyen, lelaki itu dan isterinya merancang pembunuhan tersebut bagi mengelak anak mereka diserahkan kepada pihak lain.

Dalam nota itu, Ervin menyatakan seorang pentadbir pusat perubatan tersebut memberitahu dia sepatutnya tidak diambil bekerja.

Stesen televisyen itu kemudian menghubungi polis selepas menerima faks itu.

Pusat maklumat polis turut menerima panggilan dari seorang lelaki yang berkata: "Saya baru kembali ke rumah dan semua keluarga saya mati ditembak."

Ervin dikatakan berasa cemas kerana kesukaran mencari kerja berikutan krisis ekonomi di Amerika Syarikat.

Menurut Penolong Ketua Koroner, Ed Winter, semua mangsa ditembak di bahagian kepala.

Beliau berkata, pembunuhan itu mungkin berlaku antara petang Isnin dan awal kelmarin berdasarkan maklumat daripada jiran-jiran.

Pusat Perubatan Kaiser Permanente mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Lupoe dan isterinya pernah bertugas sebagai juruteknik hospital itu.

windi's note: Kasihan anak2 yang tidak berdosa....

Wednesday, January 28, 2009

3 funny stories

Mothers worst nightmare

Dear mum,

I am writing you this note to say that I haven't been honest to you lately.

I have a boyfriend, his name is Dragon and he lives in a trailer in the woods he wears biker clothes and deals Ecstasy.

I am moving in with him and I am four months pregnant.

His friends will come over all the time so I can get a little frisky with them.

We will make a living out of growing drugs and selling them to Dragons friends as are both already drug addicts, we will live a life of drugs beer and all the sex.


Wish us luck
Katie

P.S.
I am at the neighbors house, all of the above was a lie I just wanted to let you know there are worse things in life than my report card which is in the top drawer.

Xx

Miser's Final Wish
There was a man who had worked all of his life and had saved all of his money. He was a real miser when it came to his money. He loved money more than just about anything, and just before he died, he said to his wife, "Now listen, when I die, I want you to take all my money and place it in the casket with me. I wanna take my money to the afterlife."

So he got his wife to promise him with all her heart that when he died, she would put all the money in the casket with him.

Well, one day he died. He was stretched out in the casket, the wife was sitting there in black next to her closest friend. When they finished the ceremony, just before the undertakers got ready to close the casket, the wife said "Wait just a minute!" she had a shoe box with her, she came over with the box and placed it in the casket.

Then the undertakers locked the casket down and rolled it away.

Her friend said, "I hope you weren't crazy enough to put all that money in the casket."

She said, "Yes, I promised. I'm a good christian, I can't lie. I promised him that I was going to put that money in that casket with him."

"You mean to tell me you put every cent of his money in the casket with him?"

"I sure did, " said the wife. "I got it all together, put it into my account and I wrote him a check."

Unlucky Young Man
A young man goes into a drug store to buy condoms.

The pharmacist says the condoms come in packs of 3, 9 or 12 and asks which the young man wants.

"Well," he said, "I've been seeing this girl for a while and she's really hot. I want the condoms because I think tonight's "the" night. We're having dinner with her parents, and then we're going out. And I've got a feeling I'm gonna get lucky after that."

"Once she's had me, she'll want me all the time, so you'd better give me the 12 pack."

The young man makes his purchase and leaves.

Later that evening, he sits down to dinner with his girlfriend and her parents. He asks if he might give the blessing and they agree. He begins the prayer, but continues praying for several minutes.

The girl leans over to him and says, "You never told me that you were such a religious person."

The boy leans over to her and whispers, "You never told me that your father is a pharmacist."

LAMAN WEB BEST UNTUK DILAWATI. TRYLAH!


Untuk kesedaran sivik dan nasihat2 berguna, try surf laman web auntie Oprah di bawah ni. Sure puas hati.


http://www.oprah.com

Sunday, January 25, 2009

HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL CHINESE PEOPLE.

Selamat tahun baru cina to all chinese.....One thing yang paling I suke masa chinese new year ni ialah cuti umumnya...ngua ha ha... but seriously I ada sentimental value dengan perayaan nih.. Dulu2 masa I kecil2 dan remaja, bapa I selalu bawa kami jalan2 gi rumah kawan2 cinanya. That's how I spent my childhood during chinese new year.

Oleh kerana kita muslim, kawan2 bapa memang sporting. They served us limau mandarin and gula2 and kuih2/biskut2 made in kedai. Semenjak KFC dibuka di KB, they bought KFC and serve it to their muslim friends.

Yang bestnya, kawan2 my father yang chinese pun segerombolan datang rumah masa Hari Raya Aidilfitri. Sampai I terasa macam chinese new yearlah plak. Walaupun sakit 'kangkab' (tulang rusuk) melayan tetamu tapi kami sangat2 puas hati. 1st thing diorang cari ialah LEMANG buatan bapa I yang lembut, wangi, lazat dan enak...mmmmm.. terhidu2 aromanya...

Last but not least, Happy Chinese New Year and semoga perpaduan kaum dinegara kita sentiasa bercambah dan subur sepanjang masa....adios.

Thursday, January 22, 2009

GAYO NAKAN!

3 minggu yang lalu saya, husband, anak2, my parents dan siblings pegi kudat. Mau jalan2lah konon di Kudat sambil tengok2 sekolah tempat brother I dipostingkan tu. Lepas round2 sekitar sekolah tu, kami pegi di Golf Club Kudat. Bukan main golf tapi saja mau try2 cafe di sana ok ka tak ok. Disinilah ceritanya bermula. Jeng...jeng..jeng...

Kami orderlah 5 jenis lauk. Pelik2 kali menu kami order sampai boring sudah menunggu baru muncul satu lauk. Tengok jam dekat jam 2.oo petang sudah. Sudahlah pagi2 tiada sarapan. Perut kami pun belawan2 sudah sound dia. Ada rentak balada, pop rock malahan ethnic kreatif pun ada..ha ha ha.. Nasib la ada sekawan monyet kecil (kara), lari2 di padang golf tu. Ada juga bikin lupa2 order yg lambat sampai tu. Ada sudah cubaan2 mengungkit, bagus lagi tadi makan di restoran lain. Kali cepat lagi sampai tu order.

At last sampai juga lauk yang bagai menunggu bulan jatuh ke riba tu. Eh? Tapi kenapa 4 jenis jak? Pastu pelayan tu cakap, "sekejap ah..ada lagi satu piring di dalam". Kira2 10 minit kemudian dia datang balik ke meja kami. Macam tercengang2 dia tengok kami sambil memegang sepiring ikan putih masak stim yang masih berasap2. Tepaksa kami yakinkan dia "Sinilah tu punya order". Baru dia letak piring tu atas meja kami dengan muka masih heran2 kucing.

Kamu taukah kenapa dia tekejut? sementara dia masuk dapur untuk ambil lauk kelima tu, kami tak dapat tunggu lagi. Maklumlah lapar betul sudah. Jam 2 petang sudah ba tu. Masing2 pun berusaha bersungguh-sungguh menyenduk apa yang patut dan menelan apa yang sudah disuap. Bila pelayan tu datang balik, clear sudah semua lauk. Dua tiga orang lagi masih makan. Yang lain urang bilang tinggal kurik2 gigi lagi. Sekejap saja bah kalau lapar. Macam stail Ikan Piranha. Bekerjasama dan bersatupadu..he he he.. Last2 husband I, bapa I and brother I inta2 tu ikan stim. Yang lain try sikit jak, asal jak tidak kempunan. Kenyang sudah kali.

Lain kali mau lagi pigi kudat tapi jalan2 di Simpang Mengayaulah trus kali ni. Bole la tgk2 pemandangan alam yang indah.


Cikgu masa apa sekarang?

Rasanya dah lama saya tak masuk entry. Sibuklah semenjak buka sekolah ni. Hari Rabu masa mengajar saya memang full. Full swing sampai pulang. Rehat 60 minit jak dari jam 7.30 hingga 1.00 petang. Fuh! Dasat masa saya hari ni.

Tapi..jeng..jeng..jeng.. esok I free giler. Esok kelas I cuma Tahun 4 bestari . 60 minit. Lepas tu bolehla I mengabadikan diri I dengan buku2 SPBT yang berkoyan2 di bilik BOSS tu (Bilik operasi skim pinjaman buku teks sekolah). Pelupusannya, pengembalian ke stor pusat, keceriaan, buku stok, kelab spbt dan macam2 lagi. Banyak juga bah kerjanya. Harap2 12 Febuary ni, masa mesyuarat nanti , Puan Girlie (Pegawai incharge spbt for whole sabah) akan sampaikan berita gembira (pengurangan masa mengajar guru spbt ke..).

Actually I mau share satu kisah yang berlaku disekolah tadi. Very simple tapi mencuit hati I. Bilik BOSS ni bersebelahan dengan kelas tahun 5 cemerlang. Pelajar dalam kelas ni kategori yang perlu diberi 'intensive care'. Faham2lah.. Ada sorang guru masuk kelas tu tadi. I ada dibilik BOSS so I terdengarlah perbualan cikgu tu ngan budak2. Guru tu dah 3 minggu masuk kelas diorang untuk subjek B Melayu.

Entah apa mimpi budak2 tetiba tanya cikgu tadi " Cikgu..masa apa sekarang?"
Macam terdiam guru tu sekejap.
Lepas tu dia berkata ''mana jadual kamu? rujuk dalam jadual'' mungkin dia mahu diorang berfikir.
"Kami tiada bawa jadual, cikgu"
"Cikgu ajar kamu apa'' Tanya guru tu lagi.
"Bahasa Melayu" jawab murid2.
Lama cikgu tu terdiam sebelum berkata "Jadi, kenapa lagi kamu tanya masa apa?"

Hahaha... I ketawa sorang2 dalam bilik BOSS. Sabar juga Cikgu tadi tu menjawab dengan suara yang steady. Cayalah. Begitulah kalau ajar sekolah rendah ni. Macam2 soalan ''wongo'' (dah tahu tapi bertanya lagi) dari pelajar.


Monday, January 19, 2009

PERIHAL KICAP ELIZA

PERIHAL KICAP ELIZA
http://e-halal.hdcglobal.com

Betul ke?????? Orang perak tolong periksa !!!
Kicap Eliza. Tolong war-warkan pada kengkawan yang lain sebab bukan anak-anak saja
yang sukakan kicap, kita mak/bapak pun suka......masak kicap. Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua org...

Kicap Eliza.
Dibotol kicap ini tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3,Jalan .Jelapang, Ipoh. Setahu Saya diBatu 3, Jalan Jelapang cuma ada Kilang Kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah dipersimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (ditraffic light).

Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada disebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar ... dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti yang tertera dibotol kicap. Ermmmm, saya yang hampir sebelum ini 10 tahun tinggal disana pun tak perasan itulah kilang kicap Eliza ... kecuali bila tengok address kilang pada botol tersebut semalam (Ahad).

Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya memang orang Islam ... seorang jutawan yang dermawan tinggal di Kampung Melayu Majidee JB. Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah sana ... satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yang warna hijau tau, bukan cover yang warna merah .yg merah, sudah dijual kpd tokey cina (sudah tentu bukan islam)....

Subject: RE: REPLY ....... AWAS! penggemar kicap!
Untuk maklumat u all, setelah diselidiki dan dipantau.........kicap yang tertera dibawah tu.....sememanglah benar, dipunyai oleh seorang taukey cina kilang kicap tersebut mengunakan nama orang melayu agar mereka mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata2 yang mengunakan kicap adalah orang melayu , jadi itu adalah strategi mereka. oleh yang demikian hindarkan saja untuk membeli jenama tersebut...semoga apa yang dimakan hendaklah halal dan sememang nya bersih. Orang Ipoh tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat sebab jadi darah daging yang menentukan sikap dan kemana kita di Akhirat nanti. wallahualam

JAWAPAN PIHAK JAKIM:
Saya merasa terpanggil untuk menyiasat setelah membaca email kesangsian mengenai Kicap Jenama Eliza. Saya tinggal berdekatan dengan kawasan ini, Meru Valley. Ini adalah maklumat saya :

Jenama ELIZA Kilang kicap Weng Lee ini adalah diusahakan oleh Keluarga Cina, dan perkerja2 nya adalah dua orang makcik India. Secara kebetulan , ada kenalan saya yang telah tinggal di Taman Meru ,hanya 50meter dari Kilang itu , menceritakan sejarah wujudnya perniagaan Eliza itu. Seorang pakcik ketika dalam tahun 1985-87 berasal dari Kelantan tinggal berhadapan dengan rumah dia, selalu beli barang dari Thailand dan perniagakan kesini .Dia membela seorang cucu bernama Eliza ( 8 tahun ketika itu ). Nama jenama itu diambil sempena nama Cucu dia.

Atas perancangan dengan taukeh2 cina ini ( adik beradik , family bisniz), Memang wujud pengusaha bumiputera dalam kilang itu dan jenama Eliza hanya untuk strategi pemasaran. tapi kilang itu juga mengeluarkan jenama lain. Menurut kata jirannya , pakcik tu dah lama tak datang sini lebih 10 tahun (sejak 1995) , malah rumah dia dah diduduki oleh keluarga lain. Budak yang nama Eliza tu pun dah besar dah pun dan bekerja di KL.

Pakcik tu terkenal sebagai perdagang barang2 Siam awal 80-an dan kontraktor binaan kecil-kecilan buat selengaraan sekolah ugama satu masa dulu. Penduduk Taman Meru memang tahu pakcik tu ada kilang tu tapi tak tahu pada mulanya dijalankan oleh taukeh2 Cina ni. Di Perak sendiri kicap ini tidak mendapat sambutan mengikut penduduk di sana ( mungkin kerana mereka tahu siapa pembuatnya ) .

Buat masa ini kicap2 ini banyak dipasarkan di Pantai Timur ,khabarnya ada kontrak. Bagi sapa2 nak tahu lebih lanjut tentang kilang ini, ianya terletak di antara Jelapang dengan Meru, Ipoh. Ada simpang permulaan yang nak pergi ke Lumut jalan raya baru. Bagi mereka yang datang dari KL , susur keluar sebelum Tol Jelapang masuk kiri akan melalui 4 traffik light sebelum sampai simpang ke highway Lumut. 2.3km dari tol Jelapang.

Kesimpulan pemerhatian saya, kilang ini mempunyai kicap Jenama Eliza hanya untuk mencapai pengguna Muslim atas nama Pengguna Islam. kilang ini tidak mengutamakan kebersihan, malah salah satu gambar yang saya(104-0455) ambil melalui rumah pemilik bengkel itu kelihatan kicap2 disimpan dalan bekas plastic macam tong 5 liter ubat-ubatan.

Dari segi perdagangan ianya tidak salah tapi dari segi kesucian saya harap ada pihak lain yang akan menyiasat. Kalau saya, saya tidak akan gunakan jenama ini. Ketika saya ambil gambar ini saya telah diperhatikan oleh pekerja2 disana, dan saya tak nak teruskan khuatir dikejar oleh mereka.

Bagi sapa2 yang pernah membawa usul ini di dalam email ini, saya ucapkan syukur kerana perihatin pemakanan yang kita makan , agar anak cucu kita tidak tercemar dengan unsur2 yang tidak bersih dari pembuatannya. Demi kebaikan pengguna Islam. Wallahualam.

ADUAN HALAL HARAM

ADUAN 1:
SALAM,

Sila ambik perhatian dan tindakan segera. Baru-baru ini saya mendapat makluman dari email kawan saya mengenai peralatan penyediaan makanan di restoran nandos. pada gambar menu makanan tersebut terpapar berus utk memanggang ayam dengan perkataan 'pure bristle'. saya keliru. adakah pure bristle bermaksud berus bulu babi? bukan ke 'pure bristle' bermaksud bulu haiwan? kalau betul berus itu digunakan bagaimana JAKIM dapat menentukan kesucian berus tersebut utk digunakan umat islam Malaysia. Sempena Ramadhan ni elok jugak di jengok kembali restoran ini kerana saya tahu restoran ini jugak mempunyai ramai peminat dari golongan muslim. sila rujuk cerita email di bawah bagi maksud sumber aduan saya. TQ.

NI NAK BAGI TAU SIKIT PENGALAMAN SENDIRI.

FEW WEEKS AGO MENGIDAM LA NAK MKN NANDO'S. MMG DH LAMA SGT X MKN NANDO'S. SO PEGI LE KE 1U. RUPANYA SKRG DH MENU BARU. BUKAK2 MENU, MCM2 GAMBO LA TERPAMPANG. KECUR ABIH LA AYOR LIOR TEMAN MASA TU. SKALI TU ADA SATU GAMBO TU PUNYA LA BESO GAMBO BERUS YG DIGUNAKAN UTK MENYAPU MINYAK/SPICES ATAS AYAM TU. SIKIT PUNYA BESO LA TULIH "PURE BRISTLE" KAT BATANG BERUS TU. TERUS LA AKU BANGUN & BLAH.



SETAHU SAYA, SEJAK DR SEKOLAH RENDAH LAGI SAYA DH DIAJAR, KALAU NAK BELI BERUS UNTUK LUKISAN, JGN BELI YG TULIS "PURE BRISTLE" - ITU BULU BABI. SO, SKALI BILA TERTENGOK DGN GAHNYA GAMBO BERUS TU KAT DLM MENU NANDO'S, KEMBANG LA TEKAK AKU........SEBAB SBLM ADA MENU BOOK BARU NI, DH BYK DH WA BEDAL AYAM TU.



I REALLY WONDER, JAKIM BILA DIA BAGI TANDA HALAL TU, DIA CHECK INGREDIENTS JE KE? X TGK KE PERALATAN2 YG DIGUNAKAN?? AKU SUSPEK, JAKIM MMG X BUAT, ATAUPUN PEGAWAI YG BUAT TU X TAU PUN MAKNA PURE BRISTLE TU. KALAU NAK TGK, BERUS TU BULUNYA PANJANG & WARNA PUTIH. SO, KENGKAWAN INGAT BULU APA YG KALER PUTIH, PANJANG, BANYAK & SENANG DIDAPATI UTK BUAT BERUS? KUDA? BULU PENDEK & X SEMUA WARNA PUTIH. ARNAB PUTIH? TERLALU HALUS & X SEBYK KERBAU PENDEK.



INI SEMUA TAKTIK KAPIR LA........DIA TAU BYK MUSLIM SKRG DH X PRIHATIN SGT BENDA2 CAM NI. LAGIPUN KAN DH ADA TANDA HALAL JAKIM?



SO???????? SESIAPA YG CONFIDEN NGAN CITER SAYA, TOLONG DPTKAN KEPASTIAN DGN ORG2 YG BETUL2 ARIF & GET BACK TO ME IF I'M WRONG.



SAYA CUMA MENYAMPAIKAN PENGALAMAN SAYA UNTUK DIKONGSI BERSAMA KAWAN2.


JAWAPAN JAKIM:
Untuk makluman, pemeriksaan akan dilakukan oleh pasukan audit JAKIM yang terdiri dari pada pegawai syariah dan pegawai teknologi makanan. Skop pemeriksaan merangkumi segala aspek termasuk ingredien, peralatan, kebersihan, pekerja dan sebagainya. Setelah melakukan pemeriksaan 'pada waktu itu', pegawai akan membuat laporan penilaian ke atas premis atau kilang tersebut, kemudian laporan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat panel dan keputusan akan dibuat oleh panel samada nak memberikan sijil pengesahan atau sebaliknya. Kita memang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan timbul termasuk penyelewengan yang akan dilakukan oleh syarikat. Sebagai contoh semasa pemeriksaan dilakukan oleh pasukan audit tiada 'peralatan haram' ditemui tetapi setelah premis atau kilang mendapat sijil pengesahan halal barulah mereka menggunakan peralatan tersebut tanpa pengetahuan pihak JAKIM.

Kita memang mengharapkan orang ramai agar menjadi mata dan telinga kepada pihak JAKIM agar maklumat dapat disalurkan segera dan tindakan akan dapat dilakukan. Sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh saudara bahawa premis tersebut menggunakan berus babi dalam aktiviti mereka, sila membuat aduan terus dengan mengemukakan maklumat yang lengkap agar JAKIM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian terima kasih.






Makanan haram yang kita tak sedar

Astaghfarlah kita banyak2. Entah berapa kilo dan benda2 ni especially buah Lychee tu yg dah kita telan dgn begitu lazat.Tau-tau ada lak campur benda2 haramtu..
Tak tau nak makan apa dah. macam2 lani..makan biscuti ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati2lah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2.














KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas ada lah barang2 keluaran narcissus.

OBAMA CELUP

Ilham miliki wajah seiras Obama




JAKARTA – Yang pasti, seorang jurugambar majalah di Indonesia, Ilham Anas tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di White House, Washington, esok.

Ini kerana sekiranya beliau hadir, sudah pasti dirinya juga menjadi perhatian orang ramai kerana memiliki wajah seiras dengan Obama.

Ilham, 34 tahun, memiliki wajah seperti Obama jika dipandang dari beberapa sudut.

Dia menjadi terkenal di Indonesia selepas Obama menang dalam pilihan raya Presiden, November tahun lalu.

Ilham kini hidup senang dan menerima bayaran lumayan dengan hanya berlakon sebagai Obama dalam satu iklan televisyen.

Obama sendiri memiliki ramai peminat di Indonesia kerana pernah menetap di Jakarta selama empat tahun apabila ibunya, seorang warga AS, Ann Dunham mengahwini Lolo Soetoro iaitu seorang rakyat Indonesia beragama Islam.

Dunham berkahwin dengan Lolo selepas bercerai dengan bapa kandung Obama yang berasal dari Kenya.

“Apabila Obama menang, rakan-rakan sekerja saya melakukan jenaka terhadap saya – mereka menyuruh saya memakai sut dan tali leher sebelum merakam gambar saya yang berlagak sebagai Obama,” katanya yang lahir di Bandung.

Saturday, January 17, 2009

LAMAN WEB KHAS UNTUK CIKGU2 DAN YANG BERMINAT DENGAN BIDANG PENDIDIKAN

http://cikgumalaysia.com

Mengapa lanun berleluasa di perairan Somalia?








Untuk menjawab soalan ini mari kita lihat sepintas lalu sejarah ringkas Somalia.

Menurut sejarah Somalia adalah negara Islam yang bernaung di bawah Khilafah Osmaniyah Turki sebelum dijajah oleh Itali dan Inggeris. Panggilan resmi mengikut Bahasa Arab ialah Jumhūriyyat aṣ-Ṣūmāl.

Bahagian utara Somalia, juga dikenali sebagai British Somaliland dijajah oleh Inggeris mulai tahun 1886, manakala bahagian selatan, yang dipanggil Italian Somaliland dijajah olehItali pada tahun 1889.

Berikutan Perang Dunia Kedua, Inggeris merampas seluruh Somalia pada tahun 1949. Rakyat Somali bangkit berjuang menentang penjajah Inggeris dan Itali dalam suatu pertarungan yang panjang sehingga British Somaliland mencapai merdeka pada tahun 1960 dan Italian Somaliland merdeka pada tahun 1965.

Kerajaan Somalia dipimpin oleh Presiden Abdirashid Ali Shermarke memerintah sehingga berlaku rampasan kuasa pada tahun 1969 yang diketuai oleh General Siad Barre and Ketua Polis Jama Korshel.

Pada tahun 1977 dan 1978 Somalia berperang dengan Ethiopia dalam apa dinamakan sebagai Perang Ogaden. Tentera hampir menang dalam perang itu, tetapi Soviet Union dan Cuba membantu Ethiopia dan Somalia tewas.

Masyarakat Somalia lebih mementingkan kuasa puak-puak masing-masing (clan-based) daripada kuasa kerajaan yang memerintah.

Pada tahun 1991 kerajaan Somalia pimpinan General Siad Barre digulingkan. Selepas daripada peristiwa itu, Somalia melalui peperangan saudara yang lama. Akibatnya rakyat Somalia menghadapi krisis kekurangan makanan, sehingga akhirnya pada tahun 1992, pihak PBB (UN) menghantar pasukan pengaman untuk menjalankan operasi United Nations Operation in Somalia I (UNOSOM I).

Namun kemasukan tentera pangaman UNOSOM itu tidak disenangi oleh puak-puak militia yang menguasai ibu negara Somalia, Mogadishu, lalu berlakulah pertempuran antara puak militia dan tentera pengaman. Antara yang terkorban ialah anggota tentera dari Pakistan. Kemuncak pertempuran ialah apabila sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat ditembak jatuh pada bulan Oktober 1993, yang mengakibatkan 1,000 anggota militia Somalia dan 18 orang tentera Amerika terbunuh. Episod pertempuran ini digambarkan dalam filem Hollywood Black Hawk Down.

Akibat perang saudara yang berlarutan maka Puntland, wilayah sebelah timur laut Somalia mengisytiharkan kemerdekaan. Wilayah tenggara dipegang oleh kerajaan peralihan yang dipanggil Transitional Federal Government(TFG).

Pada awal tahun 2006 konflik berlaku lagi dan kali ini di antara pihak Islamic Courts Union (ICU) pimpinan Sheikh Sharif Ahmed dan pihak warlord Mogadishu yang dikenali sebagai the Alliance for the Restoration of Peace and Counter-Terrorism (ARPCT).

Pihak ICU telah beberapa kali mengatakan ARPCT diberi bantuan kewangan dan senjata oleh Amerika kononnya atas alasan memerangi keganasan sejagat (global terrorism).

Pada bulan Jun 2006, pihak ARPCT dikalahkan oleh pihak ICU. Mogadishu mengalami keamanan buat seketika berkat kebijaksanaan pentadbiran pihak ICU.

Walau bagaimana pun keamanan ini tidak dapat dikecapi lama oleh rakyat Somalia. Pada akhir bulan Disember 2006, tentera Ethiopia menyerang posisi ICU di Mogadishu dan sekitarnya. Pihak ICU berundur dari Mogadishu dan bandar yang di selatan Somalia, Kismayo dan selepas itu meneruskan perjuangan melalui taktik perang gerila sehingga sekarang.

Banyak pihak mengatakan anggota militia warlord (ARPCT) terlibat dalam kegiatan lanun yang menyerang dan merampas kapal dagang yang melalui perairan Somalia.

Semasa ICU berkuasa di kawasan yang dikuasainya, mereka berjaya mengawal kegiatan lanun kerana dikatakan puak warlord dapat dikawal. Pihak ICU telah dapat mentadbir dengan baik dan dilihat sebagai kerajaan.

Namun setelah kalahnya pihak ICU dalam percaturan politik dan ketenteraan Somalia, maka anggota pihak warlord bermaharaja semula. Kegiatan lanun meningkat.

Somalia mempunyai kawasan pantai yang panjang, iaitu jarak di antara bandar Berbera yang di utara Somalia dan Kismayo di sebelah selatan ialah lebih daripada 3,000 kilometer.

Somalia yang tiada kerajaan maka perairan di sepanjang pantai 3,000 kilometer telah menjadi seolah-olah kawasan bebas melanun.


RENTETAN KISAH WANITA TERJUN TINGKAP

'Dia teringat kekasih lama'


ANGGOTA bomba memapah isteri Wan selepas dia terjun bangunan tiga tingkat di Johor Bahru kelmarin.



KERATAN Kosmo! semalam.


JOHOR BAHRU - "Memang dia (isteri) ada bagi tahu saya dia masih teringatkan bekas kekasih lamanya beberapa hari lalu.

"Bagaimanapun, saya nasihatkan dia supaya lupakan saja bekas kekasih lamanya itu tetapi dia kata susah untuk dia berbuat demikian."

Itulah penjelasan suami kepada wanita yang terjun dari bangunan rumah kedai tiga tingkat di Taman Pelangi di sini kelmarin.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 32, berkata, dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut apabila pulang dari tempat kerja pukul 7.30 malam semalam (kelmarin).

"Bila saya sampai di rumah ada jiran bagi tahu isteri saya terjun dari tingkap tetapi berjaya diselamatkan," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ujar Wan, isterinya itu seorang yang pendiam selain selalu murung sejak beberapa hari lalu kerana terlalu rindukan bekas kekasih lamanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

"Kerana kasihankan isteri, saya pernah membawa dia pergi ke rumah sewa lelaki itu di Seremban tetapi hampa kerana lelaki tersebut telah berpindah.

"Saya juga pernah bawa dia pergi berubat tradisional di Ipoh kerana takut dia terkena buatan orang tetapi semua usaha itu tidak berhasil," katanya yang enggan memberitahu nama isterinya itu.

TALASEMIA- read jgn tak read...

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara.

Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat.

Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan.

Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Tanda-tanda

  • Kelesuan.

  • Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

  • Sesak nafas.

  • Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung.

"Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

windi;s note: Saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan thallasemia. Beberapa tahun yang lampau, semua kanak2 thallasemia diberi makan ubat 'tambah darah' iaitu tablet yang kaya dgn zat besi. 3 kali sehari, sekali makan 2 bijik. Maksudnya 6 bijik sehari. 30 hari=180 biji sebulan.

Adapun seorang kanak2 bernama taiko telah menyedari bahawa berapa biji pun dibaham tablet tu kondisi darahnya takkan berubah. Maintain jak penurunannya. Perubahan akan berlaku cuma bila dia mengurangkan aktiviti fizikal. macam minyak kereta, jika selalu pandu cepatlah habis minyak. Jika terperap digaraj minyak pun save. Begitu juga darahnya. If you want to save 'it' do not move a lot urang putih bilang. Peribahasa bilang hanya jauhari mengenal manikam. Hanya pesakit Thallasemia tahu menilai badannya.

Oleh kerana takut di marahi oleh keluarganya yang prihatin, Taiko berpura2 memakan ubat itu. Dia pernah mempertahankan diri dan berkata, '"Saya makan ka tidak makan ka sama juga. Bukan itu sebab darah saya naik atau turun". Namun no one listen to him.

Hari berganti hari berganti bulan dan tahun. Taiko semakin meningkat remaja. Tapi yang herannya pada suatu tengahari yang panas, keluarganya mula menyedari Taiko kelihatan berbeza dari pesakit Thallasemia yang lain. Tinggi, macho sikit2lah, begayut di SMS dan soranya pun tambah garau. Jerawat pun dah tumbuh sket2. Panau tak payah cakaplah..apa jenis pun ada, you name it..ha ha ha..Aktif sukan plak tuh! SPM pun lepas , you!

Kawan2 Taiko yang lain semuanya berfizikal seperti lumrahnya pesakit yang lain. Pertumbuhan badan terbantut, lemah pelajaran, Perut membuncit, kulit pucat dan beberapa simptom lain. Keluarga Taiko bersyukur kehadrat yang Maha kuasa kerana memberikan kelebihan kesihatan kepada Taiko.

Hinggalah baru2 ini keluarga TAiko di maklumkan bahawa punca kanak2 Thallasemia menghadapi masalah kesihatan adalah kerana kelebihan ferum atau zat besi di badan mereka. Zat besi yang berlebihan ini merosakkan organ penting bdn. Kelebihan ini berpunca dari pemindahan darah yang mereka lalui sedari kecil. OH MY GOD!! Jadi kesimpulannya pemberian pil zat besi kepada mereka semenjak kecil seolah2 meracun kanak2 itu bukan?

Tapi bukan salah doktor juga..Diorang berniat baik dengan memberi ubat itu diharap adalah peningkatan dari segi kuantiti darah. Macamlah bah orang prgnant dikasi pil Zat besi supaya darah naik. Berkesan juga tapi untuk pesakit Thallasemia, Pil itu Umpama RACUN!! Terima kasih kepada penyelidik2 yang menjumpai penemuan ini.

Patutlah bila I tanya Taiko kenapa lama suda saya tidak nampak pil zat besi betapuk atau bertaburan di meja, dia ketawa2 saja. Rupanya dah bertahun pil tu diharamkan untuk mereka.

Kemudian barulah terjawab persoalan kenapa Taiko berbeza dari kwn2 yang lain. Kawan2 lain patuh arahan memakan ubat zat besi. TAiko pula tetap dengan 'malasnya' yang rupanya sangat berguna. Disinilah I terbayang satu line ''the beauty of laziness''. Dikala kanak2 lain secara berkala meracun diri sendiri tanpa menyedarinya ( kesiannyaaaa...) Taiko juga secara berkala dimarahi kerana tidak menelan pil itu. Taiko benar2 ''saved by hi laziness and instinct".

Selain itu antara faktor TAiko kelihatan lebih sihat ialah dia banyak meminum minuman membuang toksik iaitu produk Gano excel (stokis ada di riqueza shoppe, majlis Daerah KB). Memang berkesan!

Sekarang ini Taiko sedang belajar kemahiran di Papar dan menjadi bahan eksperimen bagi penggunaan Desferal (Ubat pembuang zat besi) melalui kaedah Mcm makan gula2. Hisap2. Kalau harap suntik di perut, kdg2 sakit dan terlupa. Stakat ni Taiko cakap OK! harap2 segalanya brjalan lancar.

Ujung Minggu ni Taiko pulg KB. Kalau ada tesisip2 di dompet I, ada juga bahagian ko tu Taiko. he he...Oklah I modop dulu. Pening sudah saya menaip dengan keyboard yang huruf Z, x, C V M dan noktah yang tak berfungsi. Tepaksa pakai Virtual keyboard..uhhhh...Boringnya. OKlah Chow dulu see you allZZ soon...


PENIPUAN UTAMA DALAM INTERNET


GAMBAR HIASAN SEMATA2......



Banyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin 'membantu' anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Asal Usul Nama KOTA BELUD

Petikan asal bahasa Kaum Bajau.

KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan

BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan bukit itu, dikenali sebagai Kota Belud. Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

PD1.gif (19145 bytes)

PD2.gif (38973 bytes)

PEJABAT DAERAH KOTA BELUD

Pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud adalah satu daripada pentadbiran daerah yang tertua di Negeri Sabah . Ia ditubuhkan pada masa zaman jajahan Kerajaan Kolonial dan menjadi daerah penuh mendahului daerah-daerah lain. dan, daerah Ranau pernah menjadi daerah kecil kepada daerah Kota Belud sebelum tahun 1953. Di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud jugalah, Majlis Daerah yang pertama ditubuhkan di Sabah dalam tahun 1952.

Friday, January 16, 2009

HERO SEJATI!

Terselamat disambar anggota bomba

JOHOR BAHRU: Seorang wanita hanya mampu melaungkan takbir ketika melayang di udara selepas tergelincir ketika cuba terjun dari tingkat dua sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Taman Pelangi di sini pagi semalam

WINDI'S NOTE: Ahli bomba yang bertugas memang hebat. They could have been killed!! Tahniah buat ahli bomba yang bertugas. Jikalau semua YB2 kita semulia ini... Kempen membasmi kemiskinan tegar pasti akan menjadi kenyataan..

Oya, wanita tu sebenarnya kepingin jadi pelagak ngeri tapi David Teo tak mau ambil sebab tulangnya tak cukup kalsium. To prove yang david tu silap dia try2 lompat dr tingkap. Tak sangka bomba merosakkan plan dia menunjuk terrer...(lawak ke?..)

Maaf kerana berita palsu di atas. Sebenarnya wanita ini sedang mempromosi Restoran Buddy's. Mengapa? tak percaya ke? Lihatlah di gambar. Anggota bomba itu yang menyambutnya sebenarnya ialah Tokeh Restoran yang menyamar. Lelaki botak digambar terakhir ialah ahli bomba sebenar yang dipinjam bajunya. (Skemanya lawak I nih. Jgn mare...)

Monday, January 12, 2009

BERTUAH BADAN SITI

Jam Richard Mille untuk Siti


"DATUK K memerhatikan Siti Nurhaliza selepas mereka membeli jam tangan Richard Mille di Kuala Lumpur semalam. Seutas jam koleksi Richard Mille boleh dibeli pada harga RM197,000 hingga lebih RM1 juta."


PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza semalam dihadiahkan jam tangan jenama Richard Mille yang dipercayai berharga ratusan ribu ringgit sempena hari jadinya ke-30.

Jam itu diberi oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia dibeli dari sebuah kedai jam terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Wartawan yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan gambar Siti yang penuh bangga memakai jam itu di pergelangan tangan kirinya.

Ketika ditanya berapa harganya, Datuk K memberitahu, dua tiga ribu ringgit sahaja.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati jam yang paling murah dijual di kedai itu ialah RM197,000.

SEKOLAHKU DILANDA BANJIR LAGI !!

Hari ini sekolah saya dilanda banjir akibat hujan lebat semalaman. Air sungai melimpah ke tapak sekolah manakala air dari bukit sekitar sekolah juga turun membanjiri kawasan sekolah. Pagar sekolah yang baru sebulan dipasang dengan cantiknya sudah ranap. Kerusi meja terapung2 di dalam kelas. Lumpur akibat banjir sedalam lutut.

Tahun lalu pun kejadian yang sama melanda sekolah ini. Kereta Warden asrama turut tenggelam. Nasib baik beberapa orang guru yang tinggal berdekatan sempat menyelamatkan laptop sekolah dan beberapa lagi barangan berharga.

Pada tahun itu Sekolah terpaksa berehat selama hampir 2 minggu kerana banjirnya datang dan pergi. Isnin banjir, selasa surut, Rabu banjir lagi, khamis Jumaat surut dan selepas gotong royong pembersihan, Sabtu Ahad banjir besar melanda lagi...Bila musim hujan sudah berlalu dan cuaca mulai stabil begitu juga sesi P&P, baru kami perasan rupanya dalam tempoh banjir itu papan2 dinding dan lantai sekolah sudah reput dan sangat berbahaya kepada pelajar.

* Masalah ini akan selesai jika bangunan sekolah baru didirikan dengan tapak yang lebih tinggi (timbus). Kesian pelajar... merekalah mangsa yang sebenarnya...

DUA JIWA JADI SATU

Kemenangan ini untuk Misbun'



CHONG Wei (kanan) memeluk Misbun selepas berjaya merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia buat kali kelima dalam tempoh enam tahun terakhir mengalahkan pemain Korea Selatan, Park Sung-hwan 21-14, 21-13 di Stadium Putra, semalam.

WINDI'S NOTE: Siapa bilang orang cina dan melayu tidak boleh bersatu. Misbun dan Chong Wei telah membuktikannya. Inilah pelukan 2 bangsa yang paling ikhlas yang pernah saya saksikan. Kalaulah seluruh rakyat Malaysia seperti ini terutamanya ahli politik kita....alangkah bahagianya...

Saturday, January 10, 2009

WELCOME TO THE CLUB !


Welcome to the club !! club cikgu2 le.. khas buat all KPLI graduate yang baru dapat surat posting masing2 di seluruh negara. Selamat menempuh 'the real world' dengan pelbagai cabaran yang takkan terduga dek akal.

Kalau siti beritahu wartawan bahawa 'sabar' merupakan senjata utamanya menangani gossip, maka menurut Windi, 'sabar' juga merupakan senjata utama seorang guru untuk menangani pelajar - Dengan cengengnya, manjanya, sensitifnya, pintarnya, lasernya, parentsnya, slow learnernya, kayanya, miskinnya, kemasnya, selekehnya, wanginya, bau hanyir tak mandi paginya, sebelas turun naiknya (sinus hidung, tarik sebelah turun pula sebelah. bermusim pulak tu...he he he...biasalah budak2) dan macam2 'nya' lagi yang you will discover soon.
Bak kata P Ramlee " cobaaaannn....."

Tapi jangan susah hati sebab jadi cikgu ni banyak pahala. Ilmu yang kita berikan akan dimanfaat sampai akhir hayat pelajar dan berterusan ke generasi seterusnya. Kalau dilihat dalam bentuk MLM, banyak bonusnya. Tapi ini bukan berkenaan ajaran MLM tau. syirik tuh!

satu lagi, cikgu ni lambat tua. Dalam erti kata lain, awet mudeee...hik hik..seronok pula cakap pasal awet muda nih. Bukan syok sendiri tapi kawan2 n bekas murid2 yang cakap. Kakak sulung saya pun ada cakap guru ni awet muda. Spesimennya bukan saya tapi cikgu2nya dulu. Muka gurunya tak jauh beza dari dulu. Uban2 nakal tu biasalah. Tahi lalat pengacau adalah sket2 tapi overall, they look younger than their age..aisehmen...kembang kuncup double barrel.

Teori kakak saya, mungkin sebab guru ni sentiasa 'dealing with' kanak2 dan remaja for their whole life. Guru sentiasa berurusan dengan jiwa dan psikologi kanak2 dan remaja sekaligus menyelami naluri dan jiwa mereka. Oleh itu jiwa guru sentiasa muda dan auranya terpancar pada wajah mereka...

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada my brother dengan nama glamernya Qohar yang di posting ke SK Garau, Kudat baru2 nih..Kalau dapat 1st salary nanti belanja kami makan okeh.. Last but not least, 'Jaga diri baik2'.




KISAH MAWI EKIN-PUSARA AYAH PUN DIKOMERSILKAN

mawi-pusara-ayah

Pusara ayah juga dikomersialkan untuk dimasukkan dalam rancangannya dan akhbar.

mawi-pusara-ayah1

Sumber: Mawi, Ekin di pusara bapa (myMetro)

JALAN2 CARI MAKAN... TERLIUR KE.....


Ikan kerapu masak masam manis


Daging dendeng bernanas


Ayam masak merah


BBQ: Chicken & corn


Macaroni


Sago gula melaka

Friday, January 9, 2009

Pelajar mati dirempuh kereta depan sekolah


AZHAR menunjukkan salinan kad pengenalan sementara anaknya yang terkorban di hadapan sekolah semalam.

KUANTAN - "Kejadian anak bongsu saya yang sukar untuk diambil cap jari ketika membuat kad pengenalan bagaikan memberi alamat buruk bahawa kami akan kehilangannya."

Demikian cerita Azhar Lah, 43, bapa kepada Shaidatulnadiah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah, di sini yang terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta Proton Iswara di hadapan sekolahnya di Jalan Beserah, di sini semalam.

windi's note : Sistem keselamatan jalanraya untuk kawasan sekolah di Malaysia belum memuaskan. Contoh terdekat, jalan raya dihadapan sekolah di mana saya bertugas sekarang telah lama menjadi medan kematian dan kemalangan.

Sudah berapa banyak nyawa yang melayang dihadapan sekolah ini. Dari pelajar sekolah kepada ibu bapa pelajar hinggalah orang awam, semuanya pernah menjadi mangsa. Pelbagai versi dan kategori kemalangan. CederaParah, ringan, Kepala berkecai, patah bahu, patah rusuk, terbenam ke lumpur, patah kaki dan adegan terbabas seolah acara tahunan. Nauzubillah....

Empat sekeluarga pernah menemui ajal di jalan raya menghala kesekolah ini tahun lalu. Khabarnya terbabas. Selepas itu sebuah pajero terbabas ngam2 depan pintu masuk sekolah. Mengantuk konon. Tak lama kemudian sebuah wira 'cedera parah' terlanggar lembu org kg. Kononnya lembu tiba2 muncul. Selang beberapa hari, depan mata ibunya (security guard sekolah), anak dara suntinya diseret proton saga putih. Nasib baik ada lekuk lopak ditepi jalan. Anak daranya termasuk ke dalam lekuk dan terlepas dari seretan. Patah bahu dan calar balar. Tak lama kemudian seorang kanak2 dihentam kereta. patah kaki dan cedera dalaman. Depan sekolah juga.

Paling saya tak dapat lupakan semasa tahun 2001 (ketika itu saya masih mengajar di Pitas) dan pulang KB pada hari Jumaat. saya melalui jalan ini (Dihadapan sekolah saya sekarang). van semput yang saya tumpangi pada hari itu perlahan2 melepasi satu kejadian kemalangan. Oleh kerana van itu bergerak dgn sgt perlahan, terdengar perbualan orang ramai. Ada pelajar sekolah digilis lori petronas. Mayatnya telah dialih ketepi jalan. Saya lalu mengalihkan pandangan ketengah jalan. Mengelak konon. Tak semena2 saya terlihat setompok benda putih sebesar tempurung kelapa terletak dengan baik diatas jalan, dihiasi kepingan2 seperti tempurung kelapa berwarna putih dan disirami warna merah. Nampaknya benda putih itu masih berdenyut2! sebabnya kejadian tadi baru beberapa minit berlalu. Selepas itu selera makan saya hilang beberapa minggu.

Faktor utama semua kejadian ini ialah kecuaian pemandu kereta. Sepatutnya pemandu kereta memperlahankan kereta dikawasan sekolah apatah lagi sekolah ini terletak dikawasan kampung yang padat penduduk. Sepatutnya pemandu sedar dengan realiti bahawa kawasan sekolah dan perkampungan terdapat ramai penduduk terutama kanak2 yang bila2 saja boleh tiba2 melintas jalan. Mereka boleh mengawal situasi jika memandu perlahan2 dikawasan ini.

Selain itu, kegelojohan pemandu untuk memotong (kategori cuai juga kan) juga menjadi punca. Saya selalu mengalami situasi pemandu memotong dengan gelojoh selepas saya memasang signal belok ke kiri (beberapa meter sebelum masuk pagar sekolah). Walhal jalan raya didepan merupakan selekoh menghala ke kanan. Mereka takkan tahu sama ada terdapat kereta atau tidak dari arah bertentangan tetapi dengan rakus dan gelojohnya memotong. Kenapa tidak tunggu saja di belakang dan teruskan perjalanan selepas saya atau kenderaan lain masuk ke dalam pagar sekolah? Biasanya pemandu yang gelojoh ini cenderung menghimpit kenderaan yang dipotong untuk menyelamatkan diri sekiranya tiba2 muncul kereta dari arah bertentangan. Sangat berbahaya bukan? What will happen if they didn't make it?

Faktor kedua ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Garisan jalanraya samar2 dan tidak pernah di cat semula semenjak saya bertugas di sekolah ini 6 tahun yg lampau. Sebelum itu pun tak pernah ba. Dalam kesamaran itu saya dapati garis diselekoh ialah garis putus2. Siapa punya kerja ni? Nak orang eksiden ke? Selain itu Garis kuning yang tak wujud lagi. Dah bertahun garis ni pupus. Saya tahu garis ni pernah wujud di sini pun bila dengar cerita orang kg. PIBG juga sudah menghantar permohonan meminta garisan kuning tapi bak kata orang 'sampai baino' pun tiada khabar berita.

Sepatutnya dibina bonggol besar macam depan center point tu supaya pemandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan dan sekaligus menyelamatkan nyawa kanak2 sekolah khusunya dan orang awam amnya. Paling bagus lagi, ikut jejak sesetengah kampung yang memasang private signboard dan ditujukan kepada semua pengguna jalanraya yang melalui jalan di kampung mereka. Ianya berbunyi seperti ini "perlahankan kereta anda, kalau tidak, paham-pahamlah!"


Wednesday, January 7, 2009

BOIKOT PRODUK YAHUDI!! COKE,STARBUCKS,COLGATE


Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.

Sunday, January 4, 2009

SELAMAT BERSEKOLAH SEMULA....

Hooray!! Esok buka sekolah2x (seperti nada sorak 'esok hari raya').

Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah. Esok sesi persekolahan akan bermula. Beribu-ribu kanak2 dan remaja akan meneruskan rutin harian mereka . sekolah akan kembali ceria dengan kehadiran pelajar. Banyak jalan raya akan menghadapi semula rutin sesak pada setiap pagi, tengahari dan petang.

Surirumah yang bertugas menghantar anak setiap hari kesekolah akan mula bergerak aktif mulai esok.

Guru-guru yang telah ''mengecas bateri ''selama sebulan akan mula menggerakkan motor2 dan mengerah kudrat mulai esok. Guru2 wanita akan mengaktifkan semula aktiviti 'seni lukis' setiap hari di hadapan cermin .

Guru2 lelaki akan mengaktifkan semula siasatan terhadap 'misteri stokin yang hilang' dan konsert 'kilat kasut' . Bak kata seorang sarjan, 'jangan perasan kasut tu berkilat selagi bayangan gigi anda tak nampak di permukaan kasut' . Tidak kurang juga guru lelaki yang akhirnya menemui neck tie kesayangan mereka rupanya telah menabur jasa sebagai pengikat langsir. Siapa punya kerja agaknya ye...Tidak ada istilah bermalas2an lagi.

Kedai2 buku akan terus aktif menjual buku2 dan peralatan menulis. kertas kerja perancangan aktiviti mula dibuka. Makcik2 kantin akan sibuk semula menyediakan segala yang perlu untuk dijual.


Suara2 guru akan mula bersipongang di setiap kelas, setiap saat, di seluruh negara. Kalaulah suara2 ini boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik(seperti animasi
monster incorporated), tentu setiap ceruk kampung dinegara ini mampu menerima bekalan elektrik yang cukup dan tak putus2. Apatah lagi jika suara2 itu diambil dari guru2 kelas pra sekolah.

Stesen2 minyak akan mula mengaut komisen yang tinggi dengan pergerakan kenderaan yang semakin banyak dan aktif.

Gerai2 tepi jalan akan mula aktif menjual kuih, mee goreng dan aiskrim batang.

Guru2 dan AKS yang 'business minded' sudah tidak sabar untuk mempamerkan katalog paling baru - Beethoven, Avon, mayfirst, Nutrimetis, Leno, MaryKay, Gano excel, CNI, Rojam, Revell, Elken dan seribu satu jenama lagi yang mampu menjana pendapatan lumayan jika rajin berusaha dan tahan lasak dengan karenah pelanggan.

Pejabat pendidikan akan mula sibuk menganjurkan kursus, mesyuarat, kem motiasi dan tidak kurang juga data2 yang perlu dianalisis, pekeliling yang harus diedarkan.
Nazir2 akan mula berkeliaran disetiap sekolah samada Nazir dari peringkat negeri atau Nazir persekutuan.

Tempahan pesawat semakin meningkat untuk urusan mesyuarat pegawai2, urusan pelajar menyertai pertandingan, guru2 menghadiri kursus dan banyak lagi.
Kesimpulannya, ia satu fenomena! Apa yang pasti ada satu perkara yang bakal berkurangan. Apa dia? Sudah tentulah 'jemputan kenduri kahwin'. he he...

Akhir kalam....
Selamat memulakan sesi persekolahan 2009!


Saturday, January 3, 2009

Enggan guna perkataan sekolah



"PAPAN tanda menunjukkan Watercliffe Meadow mengelak menggunakan perkataan sekolah."



SHEFFIELD - Sebuah sekolah yang baru dibina mencetuskan kontroversi kerana enggan menggunakan perkataan 'sekolah', lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun menerima kritikan hebat, pihak pengurusan Watercliffe Meadow di Sheffield yang mempunyai 481 pelajar menggantikan perkataan sekolah dengan tempat pembelajaran.

Alasan yang dikemukakan adalah kerana ia membenarkan pelajar memakai selipar dan bukannya kasut.

Pengetua Watercliffe Meadow, Linda Kingdon berkata, pihaknya tidak mahu menggunakan perkataan sekolah sejak awal penubuhan institut itu yang berharga £4.7 juta (RM23.52 juta).

"Kami memulakan satu bentuk pengalaman pembelajaran yang baru, seperti di rumah kerana di sini tiada wisel, loceng atau pintu yang dikunci," jelasnya.

Thursday, January 1, 2009

Ekonomi merudum. Bersediakah kita?

MALAYSIA mampu mengharungi krisis ekonomi global paling teruk yang dijangka melanda pada tahun ini, disokong kepelbagaian ekonominya dan rangka kawal selia yang baik, kata Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG).

“Pada pandangan kami, rangka kawal selia kita kini adalah lebih baik daripada ketika negara berdepan krisis kewangan Asia pada 1997, sementara ekonomi kita pula lebih pelbagai,” kata Ketua Eksekutifnya, Abdul Wahab Jaafar Sidek. Beliau menegaskan, bagaimana katanya, negara ini dijangkakan tetap terjejas dalam tempoh itu.

Katanya, Malaysia akan terjejas paling teruk enam bulan selepas keadaan di ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat menjadi semakin buruk yang dijangkakan pada Jun 2009.


“Yang paling buruk akan muncul enam bulan selepas Jun dan kita akan pulih selepas itu,”

Abdul Wahab berkata, dalam masa yang sukar itu, pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan baru-baru ini akan digunakan dengan lebih baik bagi menangani asas ekonomi.

“Adalah lebih baik menangani isu itu di akar umbi. Wujudkan pekerjaan bukan sebaliknya melabur dalam syarikat dikatakan bernilai rendah,” katanya.

windi's Note:

Pada tahun 2005, semasa sedang mengikuti pengajian di UMS dalam bidang Ekonomi, beberapa orang pensyarah ekonomi menjangkakan bahawa pada tahun 2007 atau selewat2nya 2008, ekonomi dunia akan melalui satu tahap dimana ia akan merudum dan mengalami kejatuhan(economic downturn). Perkara ini akan berlaku setiap selang 10 tahun atau lebih sedikit. Saya membuat beberapa rujukan sejarah dan ternyata ianya benar di atas kertas. Akhirnya pada tahun 2008 jangkaan pensyarah2 itu memang benar cuma kali ini ia bermula di barat. Sempena tahun baru ini saya ingin mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua pensyarah Sekolah Ekonomi UMS kerna sangat profesional, dedikasi, toleransi, baik hati dan bijak bestari. You are the best!!

Pada tahun 1997-2000, negara kita juga dilanda krisis ekonomi yang menyaksikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet. Pada ketika itu saya masih menuntut diMaktab Perguruan Keningau. Memang kami sangat terasa bahang kemelesetan ekonomi. Banyak aktiviti maktab yang di KIV akibat kekurangan peruntukan. KAGUM kebangsaan, Aktiviti Luar, Perkhemahan dan banyak lagi yang sepatutnya kami jalankan. Senior kami sangat bernasib baik kerana sempat melalui saat2 indah sebelum ekonomi 'melecet'. Bahkan kami terpaksa membuat kutipan untuk membeli kertas A4 bagi tujuan notes printing. Sudahlah begitu, pensyarah terpaksa menggunakan font 8 arial narrow bagi tujuan penjimatan. Sudahlah begitu, dibahagikan pula kepada 4 column. Printing pula setting 'draft'. Belum kira lagi elaun yang sudahlah ciput(Rm275 selepas tolak sewa hostel rm60 dan MGP Rm10) selalu pula lambat di bank in. Terpaksalah makan maggie. Maggie pula tepaksa dibelah 4. sudahlah belah 4, datang pulak member buat muka lapar, terpaksa pula share. Nasib2.. Kalau di ingat2 sekarang memang kelakar giler. Namun pada tahun 1999-2000 ekonomi semakin pulih dan sempat juga kami menyertai beberapa aktiviti walaupun tak berapa 'grand'. Maklumlah ekonomi baru pulih, belum 'sihat' sepenuhnya untuk kami di sponsor sakan. Kepada semua rakan2 sekelas PI/KT (MPKS) sesi 1997-2000, I miss you all.
Happy New Year!!

Related Posts with Thumbnails