CHECK IT OUT!

Thursday, June 3, 2010

Apa lagi yang kita ada?

Isu yang hangat sekarang ini ialah berkenaan serangan terhadap Kapal Marvi Marmala. Saya yakin ramai yang telah mengetahui detail peristiwa ini melalui media masa terutamanya ASTRO AWANI kerana wartawan mereka kebetulan berada di kapal ini. Rasanya sejak serangan itu hingga saat ini Siaran Berita ASTRO AWANI sedang menikmati rating tertinggi.

Ketika ini juga rakyat Malaysia berdebar2 memikirkan nasib kapal Rachel Corrie kerana mereka bakal memasuki perairan Gaza dalam tempoh 1 hari lagi. Adakah mereka akan diserang hendap seperti Kapal Marvi Marmala? Harap2 Israel tidak akan membuta tuli lagi seperti sebelum ini  selepas mendapat kecaman antarabangsa. Semoga Kapal Rachel Corrie akan berlabuh dengan selamat dan kalau pun tidak berjaya berlabuh sekurang2nya semua manusia yang ada di dalam kapal itu akan pulang dengan nyawa yang masih dikandung badan.

Selain isu Kapal, ada sebuah kapal lagi yang bakal karam pada tahun 2019 iaitu kapal MALAYSIA. Menurut Datuk Idris Jala (Menteri di jabatan Perdana Menteri), Sekiranya subsidi tidak dihapuskan, Malaysia akan muflis menjelang 2019 seperti negara Greece. Saya masih ingat Tony Fernandes (Airasia) berkata bahawa orang yang paling tidak disukainya di Malaysia ialah Idris Jala. Nampaknya Tony ada ramai penyokong. Tapi Idris pun 'Makan Gaji' dan mungkin  ditugaskan  'menduga'  reaksi rakyat.

Adakah anda percaya Malaysia akan muflis kerana subsidi? Adakah  hanya subsidi semata2 yang menjadi punca kemuflisan Malaysia? Mengapa rakyat yang selalu dipersalahkan jika negara jatuh miskin? Sedangkan kita juga terpaksa membayar harga yang mahal bagi membeli barangan import. Contohnya Kenderaan dan Alat solek. Sudahlah cukai tinggi dan pertukaran matawang juga tinggi, jika subsidi dihapuskan, apa lagi yang tinggal untuk orang2 kebanyakan?  Sudahlah gaji penjawat awam umpama 'kais pagi makan pagi'.. Barang2 keperluan asas pula mahal, bertambah sesaklah hidup rakyat.

Bagi kebanyakan rakyat bergaji sekitar RM2000, hidup mewah ialah sesuatu yang 'beyond their reach'. Untuk menabung pun mungkin agak sukar kerana tuntutan hidup yang memerlukan perbelanjaan tinggi. Bayangkan belanja Astro (RM35.00), Elektrik (RM40), Kereta Kancil (RM380), Handphone (RM50), Streamyx (RM60) sudah menjangkau RM565. Itu baru keperuan asas. Belum lagi nursery, belanja dapur, belanja anak2 di sekolah, sakit pening, kecemasan, minyak kereta, bayaran TOL, insurans nyawa, potongan rumah, sambung belajar..dan seribu satu macam keperluan wang. Jika kerajaan ingin menghapuskan subsidi, apa lagi yang ada untuk rakyat?

3 comments:

Kak Imun said...

Betul juga bah, mak cik2 yang terkial2 jual sigup di pasar tani pun sengsara pulang rumah, maklumlah tambang sudah naik 3 kali ganda..macam mana tu....

AYU said...

betul tu, kerajaan kena timbang tara dulu sebelum tarik balik subsidi..
BUkan je brg import mahal...barang buatan malaysia sendiri pun mahal...
Mana slogan yg diwarwarkan "rakyat didahulukan"

windi said...

menteri tak terasa sangat. gaji diorang tinggi lepastu ada bisnes lagi. tahun2 melancong oversea.

Related Posts with Thumbnails