CHECK IT OUT!

Saturday, June 5, 2010

PENDRIVE tu menatang apa?

Rupa bentuk pendrive saya yang pertama. 215 Mb saja.

Pada tahun 2003, alat pemindahan data yang saya tahu cuma 'disket'. Saya ada pelbagai koleksi disket berwarna warni (kira advance lah konon sebab disket orang plain kaler je). Entah mengapa saya tergerak hati nak show off fancy disket tu kepada adik saya yang sedang belajar di UMS. Dengan muka selamba dia berkata "Kak, disket ni sudah ketinggalan zaman. Orang sekarang pakai pendrive" Terlopong saya dibuatnya. "Pendrive tu menatang apa?" tanya saya sambil terbayang pen yang memandu kereta. "Pendrive ni mcm besar ibu jari saya tapi isinya 100 keping disket". Mata saya terkebil2 kehairanan.
Pendrive  pertama saya yang warna putih tu kena virus. Semua data rosak. Saya beli yang kedua. Macam kat atas. 2GB.

Ditakdirkan pada tahun 2005 saya melanjutkan pelajaran ke UMS. Seorang pensyarah berpesan "Saya mahu kamu hantar tugasan dalam bentuk CD, Jangan sekali2 hantar DISKET. Sapa2 hantar dalam disket saya ludah disket tu dan bagi kamu markah gagal". Bayangkan betapa rendahnya darjat disket yang masih digunakan secara meluas di sekolah2 pada masa itu. Pada saat itu juga saya sedar bahawa saya dan rakan2 sekerja sudah jauh ketinggalan dalam pengetahuan ICT.

Yang kelakarnya, hampir semua rakan2 sepengajian juga tidak pernah tahu kewujudan pendrive. Mula2 guna pendrive macam2 soalan yang keluar. Macamana nak cucuk? Nak keluarkan macamana? Boleh kena virus ke? Ada yang baca Bismillah lagi sebelum insert pendrive. Bila nak cabut tu menggeletar tangan. Nak cari fail pun tak pandai. Apatah lagi save. Harga pendrive pada masa itu sangat mahal. 215Mb = RM120. Sekarang ni 8GB pun sekitar RM45 saja.

My current Pendrive. Yang Kingston hitam tu hilang entah di mana. Sayang sangat sebab banyak file penting di dalam. Gambar pun best2. Yang baru ni 4GB saja. Cukuplah untuk seorang cikgu. Apa yang pasti semuanya jenama Kingston. Macam juga my handphone, tukar macamana pun tetap jenama NOKIA. SimCard pun tetap CELCOM.  Saya memang setia pada yang satu...


Korang imaginelah storage 1.44 Mb. Sekeping gambar pun tidak muat!

8 comments:

Kak Imun said...

Haha..kalau bukan pasal anak2, jangan haraplah saya kenal pendrive...!

windi said...

budak2 sekarang mmg advance!

ROLLENS said...

sa masih smpt ba zaman2 disket ni windi.....best jg pakai tu......hihihi..... tp cepat tul ba pupus.....

suka_haha said...

sampai hati dye nk ludah disket tu.. disket tu bnyk jasanya tu masa zaman dulu2 ngee...

windi said...

rollens : sikit betul bah isi dia kan..

suka haha: pensyarah tu nak tunjuk betapa out of datenya disket tu.

oya said...

makn murahG pendrive..

MAKLIN MASIAU said...

hello..tolong maklumkan kpd bos ko, tuan asrie..5 nov 2010, jumaat, cuti deepavali, dicadangkan re-union stpm 1991, sm arshad. minta dia dimerdekakan time tu utk dtg.. hehe. also, minta dia foward mesej ni ni kpd rakan2 sekelas dulu. TQ BO..

windi said...

OK Boss..nanti sa kasi tau.

Related Posts with Thumbnails