Peperiksaan UPSR tinggal beberapi hari lagi. Tolak cuti raya, cuti hujung minggu, Hari Kebangsaan, rasanya ada 1 minggu saja lagi. Risau sangat rasanya sebab murid2 saya masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Saya sudah buat yang termampu..bagi latihan, brainwash, nasihat, motivasi dan macam2 lagi. Pelbagai teknik yang telah saya aplikasikan. Latih tubi, ceramah, brainstorm, singing, acting, drilling, chalk and talk, talk and talk, kuak lentang, lompat katak, Polis sentri, silat sendeng dan macam2 lagi.
Kadang2 rasa letiiihhh sangat. Mengajar Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar ini memang sangat meletihkan...Maklumah..pelajar luar bandar lazimnya tidak ada pendedahan langsung terhadap BI semasa di rumah di samping kekurangan guru opsyen BI di sekolah. Kadang2 saya hairan juga, kalau kerajaan boleh melatih begitu banyak guru BM sampai berlambak2 di sekolah, why not BI?
Gara2 kelemahan BI yang sangat ketara dalam kalangan pelajar itulah yang mendorong Tun Mahathir memperkenalkan PPSMI. Hakikatnya, masalah utama BI ialah 'kemarau' Guru opsyen BI. Tidak dinafikan teknik pengajaran juga menjadi puncanya..Guru BI seharusnya berfikir 'out of the box'. Teknik nyanyian, lakonan, permainan...senang cerita, apply saja apa yang di ajar semasa di IPG dulu. Gerenti beres...
Masalahnya jika guru yang memang lemah BI dipaksa mengajar BI. Yang Menurut Perintah lah katakan..Kalau guru itu memang 'champion' BI, ianya bukan satu masalah..Iniii...kesiannn Makcik Kiah. Berpeluh2 ketiak, terbelit2 lidah. Kalau guru lain melintas di kelas, terpaksa turn on 'silent' mode. Nanti terdengar pulak Slang Omputih Makcik Kiah kita ni kan...
Terus terang, anak saya pernah bertanya, "mama, apa maksud bery bery ijih?" Lama saya berfikir. Terpaksa suruh dia ulang tayang adegan di kelas untuk memahami maksud perkataan itu. Akhirnya misteri terungkai..Rupanya cikgu dia nak bagitahu bahawasanya kerja rumah yang dia bagi hari tu ' very-very easy'.
Saya respect sangat dengan cikgu tu. Walaupun serba 'kekurangan', dia berusaha juga mengerah kudrat lidahnya yang entah sudah berapa kali terbelit dan ter'silent' mode. Tingkatkan usaha anda! (Ayat klise dalam report card). Selamat Maju Jaya!