CHECK IT OUT!

Sunday, July 11, 2010

Siapa menang perlawanan akhir Bola Sepak dunia?

Sotong kurita pilih Sepanyol. Najib safe play, sapa2 menang dia happy yang penting pasukan yang menang itu is the best. Muhyiddin terus terang pilih Sepanyol sebab Spain dah belasah pasukan favouritenya, German. Menteri2 lain pun buat choice juga. Nasib baik tiada yang memilih Argentina atau Brazil. Kalau tak, nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa.

Suami saya pilih Sepanyol sejak awal lagi. Dia sanggup belikan anak kami sebiji bola dengan bendera sepanyol walaupun pada masa itu Sepanyol baru kalah dengan Switzerland. Teringat pula seorang rakan, dia cuba2 tanya siapa masuk separuh akhir (dia memang kaki bangku). Seorang kawan bergurau dan menjawab, Malaysia. Ingatkan dia tergelak. Tak kusangka, kepalanya terhangguk2 dan berkata, 'hebat jugak Malaysia ya...'

Kakak ipar saya menceritakan sebuah kisah benar tentang 3 orang rakan suaminya. Mereka sedang menonton perlawanan Bola Sepak. Tak semena2 seorang dari mereka mengajak bertaruh pemenang bagi game yang sedang mereka tonton. Bukan sikit, RM800 keseluruhannya. Dua orang pilih pasukan A dan seorang lagi tu pilih pasukan B yang dah mendahului sebiji gol. Entah macamana, Pasukan A menang juga dan dua orang yang memilih pasukan A pun mendapat habuan masing2....Tapi ada rahsia di sebalik kemenangan itu..Sebenarnya game yang mereka tonton tu, SIARAN ULANGAN!!! Diorang dah tonton 2-3 hari yang lalu. Si kawan yang pilih pasukan B ni tak ikut sangat Bola Sepak ni tapi saja2 nak show off yang dia pun mengikuti perkembangan semasa. Tak adalah nanti orang cakap dia ni 'nerd' ka, kaki bangku ka..Tapi kesiannnn...terkena pula.

Apa2 pun, Selamat menonton PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DUNIA 2010. Saya pilih Sepanyol jugak sebab suami pilih Spain..Isteri mithali lah katakan...merapu lagi...(terus terang jelah kalau ko ni sespesies dengan kawan yang pilih pasukan B tu...hehe)

7 comments:

Unknown said...

Saya pilih Spain jugak kottt!! *memang tak tahu menahu tentang bola. so ikut windi jer ea. hee~

Kak Imun said...

Sy ni cuba2lah minat sikit2 sama Argentina, sekali awal2 lg sudah tumbang, apa bole buat, tau Argentina kalah pun sbb tengok berita, hihi...

Sharinginfoz said...

nak belanda menang

sugar2 kapas strawberry said...

hahaha.bodoh gak si B ni.bodoh sombong la jgk.

windi said...

Terry ; u tak terrible lah...

windi said...

myfrin: kita serupaaa...hehe

Sharinginfoz said...

nak belanda menang

Related Posts with Thumbnails