CHECK IT OUT!

Sunday, March 13, 2011

Tsunami di Jepun

Semua orang tahun Jepun telah dilanda musibah gempa dahsyat dan diikuti pula oleh tsunami mega. Video2 tsunami yang disiarkan oleh pelbagai website jelas manunjukkan betapa rakus dan ganasnya Ombak ganas itu. Kita akan dapat melihat betapa ombak ganas itu menyapu bersih beratus2 buah kenderaan yang sedang berkejaran menyelamatkan diri. Berita terkini menyebut bahawa loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi sudah bocor. Semoga Jepun dapat mengawal keadaan ini kerana umum masih mengingati betapa buruknya kesan letupan nuklear di Chernobyl Russia.
MANA MAU LARI??

Bersyukurlah rakyat Malaysia kerana negara kita bukan terletak di atas lingkaran api pasifik. Kita tidak biasa dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan. Cuma pada tahun 2004 kita merasai dahsyatnya Tsunami. Selepas itu barulah kita prihatin apa itu Tsunami.

Cuma kadang2 manusia ini tidak tahu bersyukur jika sudah terbiasa hidup selesa. Tidak ada masalah cari masalah. Oleh kerana negara ini terlalu selamat dari bencana ramai yang mencari 'new adventures ' dengan  isu dubur, perkauman, rasuah dan fitnah. Sekali kita ditimpakan dengan bencana alam barulah mungkin mereka ini menyedari bahawa terdapat kuasa yang lebih Esa. 
TSUNAMI 2004

Seperti mana yang menimpa negara Aceh suatu waktu dahulu, perang saudara bermaharajalela. Wanita dan kanak2 menjadi perisai perang. Beratus ribu orang mati katak. Akhirnya bencana Tsunami 2004 menamatkan segala-galanya. Itupun ada lagi cubaan oleh  'beberapa orang yang bodoh' untuk kononya meneruskan perjuangan. Nasib baiklah rakyat Aceh menjadi semakin pintar selepas bencana itu dan tahu apa sebenarnya yang lebih penting untuk dilakukan. Impaknya hari ini dikatakan Aceh membangun lebih pesat dari sebelum bencana itu terjadi.
DETIK2 CEMAS TSUNAMI JAPAN

Tapi rasanya tidak perlulah kita dilanda bencana terlebih dahulu untuk menyedari betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia ini. Harap2 rakyat marhaen tumpukan saja pada usaha memajukan diri sendiri dan jangalah terlalu berpolitik. Selesai pilihanraya hidup kita akan tetap berlangsung seperti biasa. Yang kaya dengan duit berkoyan2 mereka, Yang miskin tetap dengan tulang empat keratnya. Biar bersepah buih di bibir kita menyokong parti ABC waima Parti XYZ, bercucuran airmata orang kampung dek terharu dengan kedatangan Calon2 YB ke rumah mereka, bila dah menang nanti jangan haraplah mereka datang jenguk anda semula. 

Huh! Adakah entryku ini keluar tajuk?

Monday, March 7, 2011

Milo susu resepi baru

RAMUAN MILO SUSU
Petang tadi anak2 saya minta dibuatkan milo susu. Dek kerana sangat letih (baru balik dari kelas tambahan) saya buat helah "Tidak boleh selalu minum manis..nanti kencing manis". Seolah faham dengan helah mak diorang, anak sulung saya berkata "tidak apa mama..kami masuk bahan2, mama tuang air panas saja ah.."

Lebih kurang 10 minit kemudian mereka memanggil saya. Dengan malasnya saya ke dapur dan jeng jeng jeng...this is what happened in the kitchen. Berterabur! Ada 4 bahan utama. Milo, susu pekat manis, gula dan susu tepung! Yang buat saya tergelak bila melihat susu tepung yang mereka gunakan. 

Yang ini pun diorang belasah je..resepi  mereka ni bolehlah dipanggil "Milo susu Ada aku kesah?"

Sunday, March 6, 2011

I am the gene carrier

Badan letih, otak sarat, mata mengantuk..Tapi saya gagahi juga diri ini untuk bangkit dari katil dan bersiap2 ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Kota Belud. Nasib baik suami yang memandu ke klinik. Jika tidak tersengguk2lah saya semasa memandu. Sepanjang mengandung anak ketiga ini  darah saya selalu di paras 9.0 iaitu kategori 'ngam2' saja. Ujian kali ini pun sama juga lalu saya di rujuk pada Doktor Fiona (teringat pula filem Shrek).

Sekali lagi saya teruji apabila Doktor menunjukkan keputusan saringan Thallasemia. Sah, saya pembawa Gen Thallasemia. Sudah ku agak kerana adik saya merupakan pesakit Thallasemia major. Doktor meminta suami saya menjalani ujian darah. Bila saya memaklumkan suami, perkara pertama yang ditanya olehnya "banyakkah darah di ambil?sakitkah? mana di jarum?"
Para pesakit Thallasemia (hospital cawangan Kudat) di bawa melawat ke Sandakan.
Syukur alhamdulillah, keputusan ringkas ujian darahnya menunjukkan ciri2 Bukan Pembawa. Suami kata ada  temannya yang mengusik bila melihat dia di ambil darah "Eh, kau ke yang mengandung ni?" "Berapa bulan sudah?" Tidak ketinggalah juga mereka mencuit perutnya yang 'comel'.

Terima Kasih kepada doktor dan jururawat yang prihatin. Namun ada berita yang agak menyedihkan. Mulai Febuari 2011, Tidak ada lagi pemeriksaan saringan Thallasemia secara percuma di klinik kerajaan. Jika ingin melakukannya kena buat  di klinik swasta dengan kos RM300.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THALLASEMIA? : KLIK SINI

Saturday, February 12, 2011

Susahke ajar budak sekolah rendah?

Sejuk je mata dan hati bila pandang gambar ni kan....bolehlah dikatakan ianya menggambarkan seorang ayah yang sedang tekun membantu anak2nya menelaah pelajaran. Nak tahu the story behind the scene?Ni dia..

1) Anak perempuan saya baru saja habis merajuk sebab bapanya bukan saja mengajar  tapi tolong 'siapkan' kerja sekolahnya. "Cikgu tidak suruh ibubapa buat kerja sekolah kamilah!.kami mesti buat sendiri" katanya. Alasan si bapa: Saya tidak sabar tunggu dia siap menulis...

2) Anak lelaki saya  terjerit2 bertanya "mama....are untuk seorang ka atau lebih seorang?"  "tanyalah babah..kan dia ada depan kamu?" Kata saya yang ketika itu sedang sibuk di dapur. Dengan selamba dia berkata "babah tidak pandai.." Dan tetiba je bapanya menyampuk "Ingat babah ni bodoh sangat kah..?" Alasan si bapa: Saya ada terangkan tapi dia masih tidak paham..

Komen  si Bapa: 
Nasib baiklah dia mengajar kat sekolah menengah. Katanya, susah sangat mengajar budak sekolah rendah ni. Nak terangkan perkara tu mesti perlahan2 sampai budak faham. Lepas tu laras bahasa pun kena adjust ikut level diorang. Sudah la tu, tak reti berdikari. Kena tunggu sampai settle semuanya.
Komen Saya:
Itu baru mengajar anak sendiri. Belum lagi mengajar dalam kelas. Macam2 kerenah. Dengan mixed ability pupils, cikgu2 kena pelbagaikan teknik pengajaran. Adik lelaki saya pernah komen, "kakak ni kalau  terangkan sesuatu detail sangat"  Bukan apa, agaknya saya terpengaruh dengan kebiasaan kat kelas. 

windi's Note:
Korang semua tau tak, last2 suami saya lebih rela basuh pinggan dan  Siang udang kat dapur..Saya pulak di suruhnya duduk depan budak2 tu..

Tuesday, February 1, 2011

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...ada juga orang yang tolong saya lipat kain, kemas rumah, menyapu, lap cermin....Tak payahlah saya terkejar2 buat semua tu bila balik dari kerja. Dapatlah saya merehatkan tulang empat kerat ni dengan tidur siang yang lena.

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...ada juga orang yang tolong urus bebudak 2 orang ni..Diorang ni dah lah rajin tukar2 baju, rajin menghambur mainan kat ruang tamu, rajin menyelongkar stor, rajin berebut mainan, rajin suruh masak itu ini...Tak payahlah saya berjaga siang semata2 nak pastikan diorang tak buat sesuatu yang di luar dugaan. Dapatlah saya merehatkan tulang empat kerat ni dengan tidur siang yang lena. 

Kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus...ada juga orang yang tolong tengok2kan bebudak ni jika saya  menghadiri mesyuarat di luar masa kerja. Ada juga orang yang tolong angkat kain dari jemuran jika awan tetiba gelap. Tak payahlah suami saya kendong bebudak ni ke tempat kerjanya pula..dan tak payahlah saya angkat kain kat jemuran walaupun belum kering. Dapatlah saya bermesyuarat dan berkursus dengan tenang.

Kalau saya ada pembantu rumah kan bagus...tak payahlah asyik2 menapau makanan kat kantin sebab bila sampai kat rumah tak larat dah nak masak. Jimat belanja...Suami pun tak payahlah pura2 tak nak makan malam. Alasan "Abang nak diet..berat badan dah naik" walhal dia kasihan tengok isterinya yang tengah memboyot ni tunggang langgang kat dapur.
Dulu saya pernah ada pembantu rumah. Lain orang lain 'feel' nya. Yang sorang tu garang sangat. Sampai lebam kaki bebudak ni di kerjakan. Yang sorang lagi tu, makcik dia selalu menyibuk suruh pulanglah..minta advancelah..bawa pegi kendurilah..Takda privacy kitaorang dibuatnya. 

Yang sorang lagi memang tip top..kitaorang masih rindu kat dia. Lemah lembut dan rajin. Walaupun pergerakannya ada fight ngan kekura kat padang perlumbaan tapi kitaorang boleh consider lagi..Asalkan orangnya baik. Cuma tu jelah..Bil telefon selalu melambung2 up2 to the sky...Call bopren kut. 

Ada sorang lagi tu pulak (yang last) mengalahkan tuan rumah! Duduk tengok TV. Pastu remote TV dia yang control. Saya yang cuci piring dia pulak gelak2 depan TV. Kalau rancangan fevretnya dah tamat...Zuuuppp..trus masuk bilik. Ingat awak tu anak dara kitaorang ke...suka hati je..baju pon seksi meksi..

Bila ingat balik suma ni..hemppp...baik takda pembantu rumah..Takpalah tunggang lunggang kat dapur, tak dapat tido lena di siang hari dan heret bebudak tu kat tempat kerja..Takpalah hari2 tapau lauk kat kantin..Takpalah angkat kain lembab dari jemuran..Takpalah suami pura2 tak nak makan malam. Takpalah kalau hari2 mengerah tulang empat kerat..campur tulang suami 8 kerat..campur tulang anak2 yang dikerah kemas mainan sendiri = 16 kerat. Itulah jihad kami...

Hmmmmmm...kalaulah saya ada pembantu rumah kan bagus.....
Related Posts with Thumbnails