CHECK IT OUT!

Sunday, March 6, 2011

I am the gene carrier

Badan letih, otak sarat, mata mengantuk..Tapi saya gagahi juga diri ini untuk bangkit dari katil dan bersiap2 ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Kota Belud. Nasib baik suami yang memandu ke klinik. Jika tidak tersengguk2lah saya semasa memandu. Sepanjang mengandung anak ketiga ini  darah saya selalu di paras 9.0 iaitu kategori 'ngam2' saja. Ujian kali ini pun sama juga lalu saya di rujuk pada Doktor Fiona (teringat pula filem Shrek).

Sekali lagi saya teruji apabila Doktor menunjukkan keputusan saringan Thallasemia. Sah, saya pembawa Gen Thallasemia. Sudah ku agak kerana adik saya merupakan pesakit Thallasemia major. Doktor meminta suami saya menjalani ujian darah. Bila saya memaklumkan suami, perkara pertama yang ditanya olehnya "banyakkah darah di ambil?sakitkah? mana di jarum?"
Para pesakit Thallasemia (hospital cawangan Kudat) di bawa melawat ke Sandakan.
Syukur alhamdulillah, keputusan ringkas ujian darahnya menunjukkan ciri2 Bukan Pembawa. Suami kata ada  temannya yang mengusik bila melihat dia di ambil darah "Eh, kau ke yang mengandung ni?" "Berapa bulan sudah?" Tidak ketinggalah juga mereka mencuit perutnya yang 'comel'.

Terima Kasih kepada doktor dan jururawat yang prihatin. Namun ada berita yang agak menyedihkan. Mulai Febuari 2011, Tidak ada lagi pemeriksaan saringan Thallasemia secara percuma di klinik kerajaan. Jika ingin melakukannya kena buat  di klinik swasta dengan kos RM300.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THALLASEMIA? : KLIK SINI

4 comments:

Kak Imun said...

Salam, windi. Ya, Allah...syukurlah dia bukan pembawa kan...Mungkin i pun mau pi check juga ni. So far, anak2 okey la, tiada masalah...

Windi, perut bapa ecad tu macam suami si mariani, selalu kena usik, "tidak pandai beranak" doktor bilang, haha....bunting seumur hidup.....:D

windi said...

kalau pun u ada yg pasti bapa jilah bukan carrier lah..sebab budak2 syukurlah suma sihat2..

malam2 main badminton tapi perut maintain..hehe

anisyazila said...

alhamdulillah..smoga semuanya sehat2...

windi said...

terima kasih jojoe...

Related Posts with Thumbnails