CHECK IT OUT!

Monday, March 14, 2011

LEE CHONG WEI, JUARA BADMINTON ALL ENGLAND 2011


Sekarang masa sudah menunjukkan jam1.41 pagi. Baru 5 minit tadi Datuk lee Chong wei di nobatkan sebagai juara All England 2011 menewaskan Lin Dan dengan aggregate 21-17, 21-17. Gumbiranya aku bukan kepalang! TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI! TAHNIAH MALAYSIA! Nampaknya Datuk Lee sudah menang dua kali iaitu pada tahun 2010 dan tahun ini.

Dari awal lagi memang sudah nampak tanda2 kemenangan Chong Wei . Senyuman terukir di bibirnya sebelum keluar ke gelanggang. Nampak sangat keyakinan dirinya yang tinggi. Selain itu dia sering mendahului 2-3 mata kedepan. Serangannya juga semakin pantas dan sukar dijangka menyebabkan Lin Dan seperti mati akal dan tidak tahu bagaimana membereskan Chong wei seperti yang selalu dilakukannya sebelum ini.

Penganjuran All England memang sangat grand. Dengan shot yang menarik, stadium ala2 panggung wayang dan kecekapan pengurusan dari segi penyampaian hadiah, bentuk hadiah dan pengacaraan. Bila diumumkan nama pemenang rasa macam menonton wrestling lah pulak. Gegak gempita sungguh! Selain itu Datuk Lee pun dapat sebotol wine free. 

Tapi malangnya pasangan bergu negara Tan Boon Hiong dan Khoo ken kiat gagal memuktamadkan kejuaraan. Sekadar berpuas hati di tempat yang kedua walaupun awal2nya seolah mereka yang akan menang dengan mendahului beberapa mata.

Sekali lagi Tahniah kepada Malaysia dan wakil negara terutamanya Datuk Lee Chong Wei. Semoga Malaysia tidak ketandusan pemain pelapis bagi sukan Badminton tanahair selepas bersaranya jagoan2 kita ini.

Windi's diary: 
I'm trying my best not to be too excited in my writing..hahaha..

2 comments:

Kak Imun said...

I pun trying my best not to be too excited in my comment...haha...tiba2 rasa macam ada bunga api meletup2 di kepala tapi cepat2 cover....haha.....

Yeeehhhaaa....!!

windi said...

HAHAha...wpun kita ndak lah champion main badminton tapi semangat tu bah..berkobar2.

Related Posts with Thumbnails