CHECK IT OUT!

Sunday, March 13, 2011

Tsunami di Jepun

Semua orang tahun Jepun telah dilanda musibah gempa dahsyat dan diikuti pula oleh tsunami mega. Video2 tsunami yang disiarkan oleh pelbagai website jelas manunjukkan betapa rakus dan ganasnya Ombak ganas itu. Kita akan dapat melihat betapa ombak ganas itu menyapu bersih beratus2 buah kenderaan yang sedang berkejaran menyelamatkan diri. Berita terkini menyebut bahawa loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi sudah bocor. Semoga Jepun dapat mengawal keadaan ini kerana umum masih mengingati betapa buruknya kesan letupan nuklear di Chernobyl Russia.
MANA MAU LARI??

Bersyukurlah rakyat Malaysia kerana negara kita bukan terletak di atas lingkaran api pasifik. Kita tidak biasa dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan. Cuma pada tahun 2004 kita merasai dahsyatnya Tsunami. Selepas itu barulah kita prihatin apa itu Tsunami.

Cuma kadang2 manusia ini tidak tahu bersyukur jika sudah terbiasa hidup selesa. Tidak ada masalah cari masalah. Oleh kerana negara ini terlalu selamat dari bencana ramai yang mencari 'new adventures ' dengan  isu dubur, perkauman, rasuah dan fitnah. Sekali kita ditimpakan dengan bencana alam barulah mungkin mereka ini menyedari bahawa terdapat kuasa yang lebih Esa. 
TSUNAMI 2004

Seperti mana yang menimpa negara Aceh suatu waktu dahulu, perang saudara bermaharajalela. Wanita dan kanak2 menjadi perisai perang. Beratus ribu orang mati katak. Akhirnya bencana Tsunami 2004 menamatkan segala-galanya. Itupun ada lagi cubaan oleh  'beberapa orang yang bodoh' untuk kononya meneruskan perjuangan. Nasib baiklah rakyat Aceh menjadi semakin pintar selepas bencana itu dan tahu apa sebenarnya yang lebih penting untuk dilakukan. Impaknya hari ini dikatakan Aceh membangun lebih pesat dari sebelum bencana itu terjadi.
DETIK2 CEMAS TSUNAMI JAPAN

Tapi rasanya tidak perlulah kita dilanda bencana terlebih dahulu untuk menyedari betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia ini. Harap2 rakyat marhaen tumpukan saja pada usaha memajukan diri sendiri dan jangalah terlalu berpolitik. Selesai pilihanraya hidup kita akan tetap berlangsung seperti biasa. Yang kaya dengan duit berkoyan2 mereka, Yang miskin tetap dengan tulang empat keratnya. Biar bersepah buih di bibir kita menyokong parti ABC waima Parti XYZ, bercucuran airmata orang kampung dek terharu dengan kedatangan Calon2 YB ke rumah mereka, bila dah menang nanti jangan haraplah mereka datang jenguk anda semula. 

Huh! Adakah entryku ini keluar tajuk?

No comments:

Related Posts with Thumbnails