CHECK IT OUT!

Wednesday, April 1, 2009

Perkataan lama yang hampir dilupakan...

Sebentar tadi saya membuka blog abd naddin dan terbaca artikel menyebut perkataan 'marung'. Sudah lama saya tidak mendengar perkataan ini dituturkan.

Kemudian saya teringat perkataan 'pajal' yang senasib dengan perkataan marung. Kedua2 perkataan ini dahulunya biasa digunakan dikalangan penduduk sabah namun sekarang ini hampir tidak kedengaran lagi.

Sorang jiran kami yang kami panggil 'yang Bayah' juga selalu menyebut 'ensakni' bermaksud sedangkan. Rasanya kawan2 saya yang bertutur bajau tidak pernah lagi menuturkan perkataan itu.

Oya, pada zaman 80 an Kota Marudu dipanggil Bandau dan KK pula api-api. Mungkin anak2 zaman sekarang tak dapat bayang bagaimana rasanya memanggil Kmarudu dengan Bandau atau KK dengan api-api.

Teringat pula cleaner di sekolah saya yang mengarahkan seorang rakannya menutup lampu dalam bahasa dusun " oppan poh suis .." Sengaja saya meletakkan perkataan oppan dalam warna merah untuk menarik perhatian anda. Opp itu sebenarnya bermaksud 'off' iaitu tutup dan perkataan pan dihujung bermaksud 'kan'.

Ada satu perkataan lagi iaitu 'unggat-unggat'. Dalam Bahasa Melayu standard ianya membawa maksud teroleng2 atau terhencut2. Betapa popularnya perkataan ini sampaikan suatu waktu dahulu pada awal 90 an, on air di tv1, seorang lelaki tua yang ditemuramah berkenaan nahas kapal terbang berdekatan airport Tawau berkata " Saya nampak itu kapal unggat-unggat" Jarang sekali saya mendengar perkataan itu dituturkan sekarang apatah lagi oleh murid2 saya walaupun kebanyakannya berbangsa kadazan dusun.

2 comments:

abd naddin said...

Cigu, banyak betul bahasa kita yang hampir terlupakan. Marung, pajal dan banyak lagi.Barangkali perlu juga kita buat kajian dan kerja-kerja pengumpulan supaya ia tidak lenyap dan pupus.

windi said...

ya.. tepat sekali..

Related Posts with Thumbnails