100 juta lihat penyanyi 47 tahun masih dara
|
|
LONDON - Populariti peserta program realiti televisyen Britain's Got Talent, Susan Boyle yang berumur 47 tahun dan masih dara, jauh mengatasi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi berasal dari Scotland itu mempunyai suara bertenaga walaupun memiliki wajah yang tidak jelita seperti selebriti terkenal.
Klip video yang menunjukkan Boyle menjalani uji bakat di YouTube sudah disaksikan oleh 100 juta peminatnya dari seluruh dunia.
Bilangan itu jauh lebih besar berbanding klip video majlis angkat sumpah Obama pada Januari lalu yang disaksikan sebanyak 18.5 juta orang di YouTube.
Sebelum ini Boyle ditawarkan AS$1 juta (RM3.6 juta) oleh sebuah syarikat penerbitan filem lucah yang mahu merakamkan babak dia kehilangan dara di hadapan kamera.
Penyanyi itu kekurangan 18 juta penonton untuk mendapat bilangan pengguna YouTube yang paling ramai menyaksikan klip videonya.
Ketika ini klip video Judson Laipply yang berjudul Evolution of Dance adalah yang paling ramai ditonton di laman tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment