CHECK IT OUT!

Sunday, April 5, 2009

Simptom awal sawan?

Hari jumaat yang lalu, sekolah kami mengadakan ujian bulanan. Tengah2 saya sibuk mengagihkan kertas soalan kepada guru2 yang bakal bertugas menjaga kelas ujian, tiba2 kami dikejutkan dengan suara cemas seorang pelajar yang menjerit "cikgu ada orang pengsan!"

Beberapa saat kemudian beberapa orang pelajar dan pengawal keselamatan mengusung seorang pelajar naik ke bilik guru. Saya kenal benar pelajar itu kerana saya mengajar kelasnya di 5 Bestari. Calvin Zee namanya. Budaknya cergas dan cerdas. Menurut seorang pelajar, dia tiba2 terjelepuk semasa melintasi tangki air sekolah. Kebetulan ibu Calvin turut berada di sekolah kerana menghantar seorang lagi anaknya ke Pra sekolah. Beliau kelihatan sungguh cemas hingga pucat lesi mukanya.

Saya menyuruh pengawal keselamatan mendudukkan Calvin di kerusi kerana nampaknya dia semakin sedar. Namun..tingkah lakunya kelihatan aneh. He kept on smiling dan meraba-raba di lantai seolah2 ada benda yang dicarinya. Saya menyapu wajahnya dengan sedikit air. Perlahan2 dia membuka mata. Saya menepuk pahanya sedikit untuk mengambil perhatian lalu bertanya "Calvin..kamu kenal cikgu?" jawabnya "tidak.." Beberapa orang guru yang rapat dengan calvin juga bertanya soalan yang sama namun jawapannya tetap sama "tidak".

Ibunya mula cemas tapi jauh disudut hati saya mungkin dia belum sedar sepenuhnya lagi dari segi daya taakulan. Macam juga orang yang baru bangun tidur dan masih mamai2, bila kita tiba2 muncul di depannya secara tiba2 mungkin dia menganggap dirinya masih di alam mimpi. lebih kurang 10 minit dalam keadaan mamai, keadaannya kembali stabil. Dia sudah dapat mengenali beberapa orang dikalangan guru2 termasuk ibunya.

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Apa punca dia tiba2 terjelepuk pengsan sebab ketika itu dia sihat walafiat. Ada yang kata pelajar itu menunjukkan simptom awal sawan. Ibunya berkata itu kejadian kali kedua. Kali pertama pada bulan november tahun lepas (2008). Namun tidak seteruk yang kedua ini. Kami menasihati ibunya untuk membawa anaknya ke hospital untuk mengesan punca keadaannya yang tidak menentu itu.

2 comments:

Anonymous said...

Saya ada seorang kawan yang pernah mengambil ujian memandu. Semasa dia mengambil ujian menaiki bukit dia bilang, "tiba2 saya nampak langit biru bertukar jadi putih semua." Selepas itu apa yang dia sedar ialah kancil yang dipandunya sudah terparking diatas longgokan pasir di hujung landasan tempat belajar memandu. Pegawai JPJ bilang dia gagal terus untuk semua ujian hari tu. Agaknya pasal sawan tadi la tu kan..

windi said...

Nasib baik tiada urang kena langgar kan. Saya pernah saksikan kejadian test kereta di Tamu Kota Belud. Dulu Tamu Kota Belud tempat utama test ujian memandu. Ada sorang perempuan tu yang nampak naif, sedang menjalani ujian naik bukit kecil. Sepatutnya dia berenti di tengah2 bukit (buatan) tapi entah macamana dia lajak dari bawah sampai atas sampai turun sampailah melanggar gerai2 kayu ditepi2. Bertempiaran semua orang termasuk pegawai JPJ. Nasib tiada yang kena langgar.

Related Posts with Thumbnails