CHECK IT OUT!

Wednesday, April 22, 2009

Bisnes budak sekolah

Sepanjang hampir 10 tahun bergelar guru dan mengajar di sekolah rendah, pelbagai gelagat pelajar sekolah rendah yang menjadi ingatan. Pahit, manis, geram, lucu, terkejut, kagum..semuanya bercampur baur setiap tahun. Boleh dikatakan menjadi seorang guru ini sebenarnya seolah2 seseorang itu melompat ke dalam sebuah dimensi yang dipenuhi dengan bola2 berisi perasaan. Ada masanya bola berisi gembira melantun2 di hadapan kita dan kita pun melantun sama dengan gembira...ada masanya bola 'paintball' dengan kelajuan 100km sejam tiba2 mengenai dada kita dengan warnanya berserakan di baju. Terasa sakit juga dan bila diperiksa rupanya lebam. Bola sedih rupanya ia...

kesimpulannya, bekerja sebagai seorang guru, kita terpaksa bermain dengan seribu satu macam emosi klien (pelajar). Jika sebuah sekolah mempunyai 100 orang pelajar maka terdapat 100 emosi juga yang harus ditangani. Jika seorang pelajar mempunyai 2 emosi (sedih, gembira) maka terdapat 200 emosi yang harus ditangani. Bermakna dalam dimensi yang saya katakan sebentar tadi terdapat 200 biji bola yang perlu diawasi. Jangan sampai kita terpijak bola berisi gembira atau ditembak paintball berkelajuan 100km sejam.

Lain cerita, beberapa hari yang lalu saya 'stayback' di sekolah kerana pada jam 1.20 ptg saya akan mengajar kelas SBT tahun 4. Sementara menunggu murid yang lain sampai, saya duduk di dalam kelas dan berborak dengan pelajar yang awal sampai, sambil menyedut minuman Cola sejuk... Maklumlah, cuaca punyalah panazzz...pekena 'kokola' sejuk nyamanlah sket...

Tetiba.... Aiikk...??? Ada seorang pelajar tahun 4 yang saya tahu sangat latar belakang kesusahan keluarganya, turut sama menyedut minuman Cola yang berharga RM1.50 (harga di kantin sekolah kami). Sampai terpejam2 matanya menikmati kesedapan dan kesejukan minuman ringan itu. Dalam hati saya berkata "Apa macam dia mampu beli cola ni? Sedangkan duit beli kuih pisang pun tidak lepas"

Saya terus bertanya " Umar, macam sedap juga minuman kau tu tau. Orang belanja ka?"
Umar : Tidaklah madam. Saya beli bah ni sana kantin.
Saya : Yakah? Banyak duit kau ah.. Belanja madam lah..
Umar : (Macam dia faham2 saja soalan saya yang 'suspicious' tu lalu menjawab) Ada orang bagi duit bah madam.
Saya : Siapa yang murah hati tu?
Umar : Taukeh Lintah.
Saya: Taukeh lintah? kenapa dia bagi kau duit? kau tolong dia kasi kenyang lintah dia kah? (saya bergurau)
Umar : Saya jual lintah sama dia. Saya ambil sana sawah.
Saya : Berapalah satu ekor kau jual?
Umar : 40 sen satu ekor. Tapi dia kasi naik pigi 50 sen sebab pakcik saya kasi takut tu taukeh. Dia bilang ada orang sana seberang mau beli lintah juga 80 sen satu ekor.
Saya : ohh..berapa duit kau dapat?
Umar : Rm94.50
Saya : Berapa ekor? (saya sengaja bertanya jumlah untuk mengetahui kebenaran kata2nya)
Umar : 189 ekor.
Kawan2 Umar : Madam..Umarlah paling banyak duit dikelas ni. Bukan lintah saja dia jual tu madam, belut pun dia jual juga.

Saya : (dalam hati..) pandai betul budak ni bisnes. Entah2 suda besar jadi bisnesman nih...

2 comments:

Suri je said...

189 ekor lintah bukan senang mau tangkap. Budak berani saja yang boleh buat kerja macam tu. Hasil penat dan sabar dia mencari lintah, dapat juga merasa minuman cola sejuk berharga rm1.50 yang mungkin sudah diinginkan sejak sekian lama. Nasib baik juga pakcik dia pandai kasi tambah value lintah tu, berbaloi juga penat anak buah dia,hehe..

windi said...

ya bah..budak ni pun berbakat dalam matematik dan ada harapan jadi bisnesman bila besar nanti..

Related Posts with Thumbnails