CHECK IT OUT!

Tuesday, March 24, 2009

Percubaan buat websitelah pulok!

Sejak beberapa hari yang lalu fikiran saya agak bercelaru (aisehmen..!) kerana memikirkan assgmt yang diberikan oleh pensyarah untuk kurus Pengenalan kepada sistem maklumat. Belum siap2 lagi. Bukan kerana saya sengaja tidak membuatnya tapi saya 'tak reti' untuk membuatnya.

Tugasan yang diberikan ialah membuat laman web. Sebenarnya pensyarah memberi kelonggaran untuk kumpulan kami membuat blog sahaja kerana lebih mudah dan murah.

Tapi kami sengaja menyusahkan diri dengan berusaha membuat laman web yang agak komplikated malahan sanggup membeli domain berharga Rm85 dengan muatan 3 GB. Bukan apa, tujuan kita mengambil kursus ialah untuk menambah pengetahuan baru. Jika sekadar buat blog (yang kami memang dah tahu cara2nya) maknanya kami takkan belajar apa-apa yang baru bukan.

Pengalaman pertama buat website ni susah juga rupanya. Ingatkan senang2 macam blog. Tak paham arahan satu hal, tak paham bahasa lain lagi. Lain disuruh klik lain di tekan. Takpa....Kami akan berusaha lagi sampai dapat. Chayo chayo!!

4 comments:

Mohd Isa bin Abd Razak said...

Salam.

Cuba dan terus cuba, puan. Kalau gunakan FrontPage atau Publisher, agak mudah. Draf boleh dibuat dalam Word. Jpeg boleh dibuat dengan Power Point. Jikalau puan menggunakan Flash, rasanya susah sedikit - sedikit sahaja.

Selamat mencipta laman web sendiri secara berkumpulan.

Satu laman web saya (Gerak Usrah) yang mula beroperasi pada 1998 dan satu lagi (JPMMPKS) yang mula beroperasi pada 2004 digodam sepenuhnya pada awal tahun 2008, sejurus sebelum saya bersara. Mudah-mudahan penggodam itu puas hati.

Terima kasih kerana sesekali puan mengintai blog saya.

Terima kasih.

windi said...

Terima Kasih banyak2. Saya akan mencuba apa sahaja 'tips2' yang dicadangkan asalkan tercapai hasrat membina laman web sendiri.

Saya mengenali seorang insan yang boleh digelar penggodam. Beliau berkata antara tujuan utama penggodam ialah menunjuk lagak atau pun memprotes.

Sayang sungguh jika kepintaran dan bakat diberikan tuhan digunakan untuk tujuan yang salah.

Sogoh said...

bagus tu windi :) percubaan yang sgt baik. Tapi aku syorkan guna platform " joomla" , bagus juga ooo,dan banyak lagi la web developer ni dan kena belajar sedikit coding la..sikit ja hehe..good luck kio

windi said...

Thank you very much sogoh.... nanti I try tgk tu joomla.. tq.

Related Posts with Thumbnails