CHECK IT OUT!

Friday, April 3, 2009

Azalina Berang...


Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Saya tak tahulah SPRM ini, kalau nak siasat...siasatlah kalau tak ada kes...buang,” kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditanya status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes politik wang dan salah guna kuasa kementeriannya.

Beliau yang tidak selesa dengan sikap diam diri suruhanjaya terbabit menjelaskan masih belum menerima sebarang maklumat mahupun penjelasan berhubung kes salah laku itu khususnya selepas tamat Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu.

“Saya tengah tunggu SPRM lah ni...dia buka fail, hari-hari tengok saya...jumpa...tanya orang ini...telefon...lepas pemilihan Umno terus diam.

“Ini saya nak tanya SPRM ni, saya tengah naik angin ni...apa yang dia dapat...nak tunggu apa. Saya tidak tahu (ditanya sama ada kes sudah ditutup). Saya rasa mereka jatuh cinta dengan saya (I think they are in love with me),” katanya pada pemberita semalam.


2 comments:

Suri je said...

Azalina tu macam tomboy kan. Cuma saya rasa memang patut pun dia naik angin, asyik kena siasat soalan yang sama tapi tak ada perkembangan..macam menanti buah yang tidak gugur2..jangan2 SPRM ada masalah kut..

windi said...

Nampaknya tiada nasib c Azalina tahun ni untuk menjadi menteri kabinet. Najib ndak berapa percaya kali sama dia ni... dari sudut mana tak taulah.

Related Posts with Thumbnails