CHECK IT OUT!

Friday, February 13, 2009

TERSEREMPAK BLOG EX LECTURER

Semalam saya memperuntukkan 1 jam setengah untuk meneroka lebih jauh ke alam siber dan meninjau beberapa blog lagi. Tinjauan secara rambang itu akhirnya membawa saya ke blog En Isa Razak iaitu bekas pensyarah saya semasa di maktab perguruan Keningau pada tahun 1997-2000. Beliau bukan pensyarah tetap kami kerana jabatan yang berbeza namun kami selalu berinteraksi melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Perguruan yang ketika itu masih dikenali sebagai Maktab perguruan.

Melalui blog beliau juga saya sampai ke blog En Firdaus, juga pensyarah IPK atau lebih 'sedap' saya panggil maktab. Gambar-gambar yang dimuatkan ke dalam blog En Firdaus membuatkan saya seolah-olah kembali kezaman maktab, zaman bujang trang-tang-tang, zaman 20 an yang penuh keriangan dan hilai tawa, usik mengusik, Aktiviti GERKO dan persatuan yang sangat menyeronokkan. Tapi yang pastinya pokai sentiasa...Maklumlah Elaun cuma RM300 lebih. Potong itu ini tinggal RM 200 lebih saja. Bak kata seorang teman, dek kerana ingin berjimat, Megi pun dibelah empat.

Kembali kepada blog En Firdaus, walaupun setelah hampir 10 tahun berlalu, wajah En Firdaus nampaknya tetap maintain. Pencuci muka apa yang dia pakai agaknya? he he... Teruja juga bila En Firdaus sudi meninggalkan komen dalam blog saya. Saya akui ketiadaan gambar saya di blog. Suatu hari nanti akan saya upload juga.

Tahniah kepada En Firdaus dan En Isa Razak kerana sudi berkongsi idea dan pengalaman dengan pelayar yang lain. Selepas ini saya berharap untuk terserempak dengan blog bekas pensyarah yang lain terutama yang pernah mengajar saya dahulu (Jabatan bahasa).
Semoga MAKTAB PERGURUAN KENINGAU (IPK) tetap cemerlang, gemilang dan terbilang...

2 comments:

Sogoh said...

jasa guru harus dikenang....the great profesion...right?

Anonymous said...

Kalau guru boleh maintain awet muda, apatah lagi pensyarahnya, sifu besar bah tu,hehe..

Related Posts with Thumbnails