CHECK IT OUT!

Monday, February 9, 2009

LAGU LAWAKSSS...

Mengikut Melodi Lagu Pulangkan (Misha Omar)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duit ku bukan
Untuk mu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila engkau berkonvo
Kau milik ku

Pegawai PTPTN: Pulangkan hutang-hutang ku

Ex-Student: Oh..hentikanlah menghantui ku

Pegawai PTPTN: Oh..pulangkan oh pulangkanlah pada ku

Ex-Student: Ku pulangkan semua hutang ku

Pegawai PTPTN: Yang dikau peram tanpa rela ku

Ex-Student: Bebaskanlah..maafkan daku oh kasih

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejaki mu kemana jua
Hingga akhir masa..sayang!



3 comments:

Anonymous said...

Bah, siapa yang tidak atau belum bayar ptptn tu, awas2 lah ya. nanti kalau terlupa atau sengaja lupa tu, jangan terkejut kalau lagu tu keluar jadi ringtone pula nanti.hehehe..

Anonymous said...

Cikgu Windi,lama ndak dengar khabar..kalau ada cerita yang lawaks2 tu kongsi2kanlah dengan kami ni. Jumpa lagi...

Mohd Firdaus HAS said...

Terima kasih cikgu Windi kerana singgah di blog saya. Terima kasih juga kerana memberi semangat untuk saya terus memeriahkan blog tersebut.
Cuma saya tercari-cari yang cikgu Windi ni yang mana satu...puas saya meneroka blog cikgu windi untuk melihat gambar tetapi hampa.
Apalah salahnya meletakkan gambar di blog cikgu. Senang saya ingat

Related Posts with Thumbnails