Terkejut juga bila melihat betapa dramatiknya perubahan politik di Perak. Setiap perubahan yang berlaku adalah dalam tempoh yang sungguh pantas. Namun akhirnya, BN juga yang menjuarai permainan ini. Ternyata PR masih belum dapat mangatasi kelicikan dan kegeniusan pemain dari team BN.
Dalam hal ini saya mengambil pendirian atas pagar. Bagi pihak PR saya agak kecewa kerana tidak berpeluang untuk melihat sejauhmana kecekapan pentadbiran mereka. Sejauhmana kata2 perjuangan yang dilaungkan itu benar-benar direalisasikan atau retorik semata-mata. Selain itu simpati juga kepada menteri besarnya Datuk Nizar kerana kehilangan kuasa serta merta. Rasanya tidak perlulah dia berebut pejabat dengan MB Perak yang baru. Sudah terang lagi bersuluh bahawa PR telah diatasi oleh BN. Namun mesti ada sebab musabab dia nekad bertindak demikian. Cuma dia dan pemimpin PR yang tahu.
Selain itu, strategi DSAI untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada september lalu nampaknya telah terkena batang hidung sendiri. Walaupun saya sebenarnya suatu waktu dulu mengangkat DSAI sebagai idola saya, namun semenjak dia mewar-warkan rancgn untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk wakil rakyat melompat parti, saya mula cuak. Bagi saya, untuk mengambil alih kerajaan tidak perlulah dengan cara itu. Walaupun dibolehkan dari segi undang-undang tapi saya tetap merasakan ianya sesuatu yang tidak bermoral.
Saya pernah bertugas sebagai kerani undi semasa pilihanraya dan kesempatan itu saya ambil untuk memerhatikan sekalian pengundi yang datang membuang undi. Yang buta datang berpimpin, yang tempang datang bertongkat, yang kurap datang menggaru-garu. Kebetulan saya bertugas distesen no 3 khas untuk warga emas. Pelbagai gelagat pengundi warga emas. Bertongkat, dipimpin, pening-pening lalat, lenguh kaki, tidak tahu menulis, baju compang camping, basah kuyup dan macam-macam lagi. Pengundi distesen 1 dan 2 terdiri dari golongan muda yang ada diantaranya datang dari jauh dan pulang ke kampung semata-mata untuk mengundi. Bayangkan kepercayaan yang mereka berikan untuk calon mereka ini (berdasarkan parti) disia-siakan sekelip mata selepas melompat parti. Perbuatan melompat parti ini seolah-olah menidakkan kebijaksanaan para pengundi yang mengundi calon berdasarkan siapa mereka dan parti apa mereka pada masa itu.
Bagi pihak BN pula nampaknya sebagai parti pemerintah kerajaan Malaysia, kelebihan masih pada mereka. Saya sangat Kagum dengan kebijaksanaan dan kelicikan permainan politik BN. Tindakan Adun Bota keluar BN telah menyebabkan Datuk Tajol meletak jawatan. Dikala PR berpesta menerima ahli baru rupanya 3 orang lagi ahli PR telah berpaling tadah. Memandangkan mereka telah menandatangani perjanjian mengosongkan kerusi jika berpindah keparti BN maka mereka cuma menjadi ahli bebas tapi memberikan sokongan kepada BN. Bijak dan licik sungguh. Tentu mereka telah memikirkan perkara ini lebih awal. Pelbagai cara digunakan oleh PR untuk mengekang kemaraan BN namun akhirnya Datuk Zambry ditakdirkan mengangkat sumpah pada jam 3.30 petang sabtu 7 febuari 2009. Tinggallah Datuk Nizar dan pemimpin PR yang lain menggigit jari dengan seribu kehampaan.
Namun jika disoroti berita-berita yang disiarkan di dada akhbar perdana dan begitu juga siaran televisyen, seolah-olah PR sedang berkerat rotan berpatah arang dengan sultan. Seolah-olah isu utama ialah perselisihan antara PR dengan sultan manakala 3 orang wakil rakyat yang berpaling tadah begitu juga adun BOTA yang memburuk sikukan diri sendiri seolah-olah disenyapkan berita mereka. Melalui siaran televisyen digembar gemburkan kemarahan rakyat terhadap PR kerana menderhaka kepada sultan. Secara peribadi, saya rasakan isunya bukanlah antara PR dengan sultan tetapi 4 orang wakil kepada rakyat yang menukar haluan yang menyebabkan PR kehilangan kuasa di Perak.
Hakikatnya, pemerintah negeri Perak sekarang ialah BN dan puncanya ialah 4 orang wakil rakyat yang menukar haluan. Simpati saya kepada PR yang baru 11 bulan mentadbir Perak. Parti ini tidak berpeluang untuk merealisasikan wawasan parti begitu juga Datuk Nizar, pemimpin tertinggi PR dan penyokong setia yang tidak dapat menerima pertukaran pentadbiran yang tiba-tiba itu. Kepada BN, tahniah kerana berjaya memenangi permainan ini dan semoga kemaslahatan para pengundi kedua-dua belah parti tetap terbela.

3 comments:
Ini semua adalah qada' dan qadar yang perlu diterima dengan berlapang dada.
Permainan politik kadangkala mempersembahkan pertunjukan yang sukar untuk dijangka oleh masyarakat umum. sepanjang UMNO menjadi peneraju negara terlalu banyak kisah pelik tapi benar berlaku di samping teman tapi tak mesra iaitu dari pihak pembangkang. Saat ini si polan boleh menjadi sandaran untuk berpaut tapi in a second next time dia akan menjadi janda atau duda tanpa pesan yang boleh di jadikan pengesahan. Sebagai warganegara yang lahir dan hidup di negara ini, seharusnya kita sendiri boleh mengetahui tanpa dipaksa bahawa Malaysia telah diwujudkan oleh sebuah parti yang pernah menangis dan ketawa demi untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Tumbangnya PR di Perak adalah petunjuk yang paling mudah untuk kita fahami bahawa parti yang lahir dari agenda bersifat peribadi sangat jauh nilainya dibandingkan dengan parti yang wujud demi untuk kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Itulah akibatnya akibat ketamakan dan kepentingan diri sendiri menjuarai perjuangan untuk rakyat.
DSAI berselindung di sebalik perjuangan rakyat, sedangkan dalam masa yang sama memmasang angan-angan dan agenda sendiri untuk berkuasa.
Post a Comment