CHECK IT OUT!

Friday, February 27, 2009

Anak Sabah memang BOLEH!

Anak jati Semporna dilantik Pengarah LHDN Sabah

27/02/2009 3:19pm

KOTA KINABALU 27 Feb. — Anak jati Semporna, Kamaruzzaman Abdul Salleh mengukir sejarah sebagai anak kelahiran Sabah yang pertama dilantik sebagai Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah berkuatkuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, tiada seorangpun anak jati negeri ini yang pernah memegang jawatan itu.

Bagi Kamaruzzaman, pelantikan itu amat bermakna kerana ia menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap keupayaan anak tempatan memikul tanggungjawab berat bagi jawatan yang disandang.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk meningkatkan mutu perkhidmatan LHDN di Sabah dan menjalankan tugas dengan telus, adil dan sempurna,” katanya selepas majlis penyerahan tugas antara beliau dan penyandang Noraini Jaafar di Wisma LHDN Sabah, dekat sini hari ini. - Bernama

Windi's note: Baguslah kalau kerajaan mula sedar hal ini. Tahniah kepada pengarah LHDN yang baru! Buktikan anak Sabah memang boleh. Pemimpin tempatan juga harus berperanan untuk melobi anak tempatan untuk menjadi pengarah atau memangku jawatan penting bagi setiap jabatan di Sabah. Kredit kepada SARAWAK kerana mengutamakan anak tempatan bagi menerajui setiap jabatan di negeri Sarawak.

Kepada sesiapa yang berpendapat bahawa orang Sabah tidak layak memegang jawatan pengarah atau apa-apa jawatan penting bagi agensi kerajaan (seperti yang pernah terwar-war beberapa tahun yang lampau), harap maklum bahawa sudah ramai orang Sabah yang memiliki PHD dan berkebolehan tinggi.

Populasi Sabah 1/3 dari Malaysia. Mustahil sungguh jika tidak ada seorang pun yang layak untuk menerajui Jabatan Persekutuan di Sabah. Setakat ini cuma Jabatan Penyiaran, Penerangan, Pelajaran, penjara, Laut Sabah, kehakiman dan LHDN ( 6 daripada 50 jabatan) yang pernah diketuai orang Sabah . Tak percaya? Rujuklah di www.sabah.gov.my/dir/federal.asp


2 comments:

Anonymous said...

Semoga anak2 Sabah mendapat pendidikan yang secukupnya supaya masa depan mereka akan lebih terbela. Bukan saja dapat mencari rezeki untuk keluarga tetapi juga boleh menjadi pemimpin yang disayangi oleh rakyat. Amiiiin..

BorneoKuku said...

OK Juga tu, Selidik latar belakang dia orang mana, Silap-silap orang luar macam TYT kita yang dulu-dulu.Maklumlah di Sabah lebih ramai PATI dari penduduk asal.TQ

Related Posts with Thumbnails